Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

Tabah Hadapi Musibah

Peace be upon you, you and yes..you J
Praise to be Allah for all of His giving in this living, we’re being given another chances to be His servants, to achieved what should be we be in this Dunya and for the rest of our life in Akhirat, Allah’s will.

Kenapa kita mendapat musibah?
Macammana nak tabah bila dapat susah?
Orang lain hanya pandang mudah?
Allah tidak ambil endah?

Bertubi-tubi soalan melingkari pemikiran apabila emotional menolak si rational. Mana tidaknya, sering saja menganggap ujian yang diberi tu sebagai bebanan yang menghempap secara tiba-tiba seakan tidak dapat bangun semula. Bukan itu semata, jika tiada pertolongan yang diberi, sanggup sahaja melakukan apa sahaja perkara yang seakan tiada jalan lain lagi yang mampu dilakukan, mesti sahaja kerja-kerja yang mengikut ke jalan kesesatan menjadi pilihan.

Bukan itu sebab utamanya ujian, musibah, mehnah ini diberikan kepada diri anda. Cuba saja jika diri ini selalu saja rasa gembira, lapang, mudah, semacam robot yang sudah diprogramkan untuk menghindar rasa resah, gelisah, susah. Bosan tak?

So, never lose hope on Allah because the journey of life can be like a roller coaster. We often experience extreme conditions which create despondency and hopelessness. The Messenger of Allah (peace be upon him) is reported to have said: “Verily, if Allah loves a people, He makes them go through trials. Whoever is satisfied, for him is contentment, and whoever is angry upon him is wrath.” (Hadith-Tirmidhi)

Allah says “…Bear with patience whatever befalls you….” (Qur’an 31:17) and “Be not sad, surely Allah is with us.” (Qur’an 9:40)

It is easy to get discouraged when things are going badly. But we shouldn’t lose heart, because Allah is at work in our lives, even in the midst of pain and suffering.  Allah Ta’ala says “Verily, with hardship there is relief” (Qur’an 94:6) and “And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him”. ( Qur’an 65:3)

'Certainly no one despairs of Allah's Mercy, except the people who disbelieve. ' (12: 87)
'[...] When the Messengers gave up hope and thought that they were rejected (by their communities), Our help came to them...' (Qur'an 12: 110)
'And you were harboring doubts about Allah. There, the believers were tried and shaken with a mighty shaking.' (33: 10-11)

Bersama sahabat-sahabat organisasi Politeknik Merlimau,Melaka (Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, Sekreteriat Pusat Islam & Pembimbing Rakan Siswa Politeknik) ke Bukit Rangin, Kuantan Pahang pada 21 Disember 2013 lalu untuk menziarahi mereka yang dikatakan mengalami kekurangan bekalan makanan kerana jalanraya yang dinaiki air menyebabkan pihak yang membantu sukar membawa bekalan untuk melepasi paras air tersebut.

Pengalaman membantu mangsa banjir pertama kalinya amat mengujakan hati kerana Allah merakamkan dalam Al-Quran : 'Dan kami selamatkan dia dari kesusahan yang. Dan dengan itu kita akan selamatkan orang yang beriman.' (21: 88), insyaAllah J




Selesai solat Subuh dan bersarapan di sekitar  Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, saya singgah sebentar di sebuah kedai kecil yang berhampiran. Bekalan di kedai tersebut dilihat masih sedikit dan persekitarannya juga masih berair. Membeli sedikit ‘cumil2’ untuk dikunyah didalam bas, saya bertanya kepada pak cik yang menjaga kedai tersebut.

‘Macammana keadaan banjir awal2 haritu pak cik?’ (dah serupa reporter)
‘Masa tu kalau orang yang tinggi macam adik nie, memang tenggelam gamaknya..hehe’
‘Ya ke pak cik, habis orang ramai ke mana?’
‘Ramai yang pindah ke pusat perlindungan tapi ada 1 haritu pak cik terkejut, ada sorang budak nie naik sampan, dia datang kedai nak mintak makan, pak cik memang tak da apa dah masa tu, jajan2 tu jela yang pak cik boleh bagi..hampir 3 hari juga dia ke sini sebab terputus bekalan 2 minggu lepas bukan orang buat cerita, sekarang nie Alhamdulillah ada bekalan sikit.’

Meneruskan perjalanan ke destinasi utama, sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kami semua dapat melihat rumah-rumah di tepi jalan semuanya seakan baru lepas mengalami tsunami, subhanaAllah. Rumah, kereta sambung bayar, pakaian, perabot semuanya tersadai berlumut lumpur.

Setibanya di kawasan yang menjadi sasaran misi sukarelawan, mulut seakan terkunci, air mata deras mengalir, diri menginsafi…



Sekitarnya sunyi dan kemudahan yang digunakan untuk aktiviti harian jelas sekali tidak dapat digunakan lagi. Harus bagaimanakah anak-anak kecil ini untuk survive di kemudian hari?
Bersyukur...anda, saya dan yang lain tidak mengalami musibah yang sama. Untuk beberapa jam sahaja nikmat air hujan yang turun, mengambil semula nikmat yang Allah pinjamkan sementara.

Sukarelawan mula mengambil tugas masing-masing. Dibahagikan mengikut kumpulan dan mula berpecah ke tempat-tempat yang telah ditetapkan. Sempat juga diberikan sedikit halwa telinga daripada pemilik maahad, Ustaz Zamroni B.Husaini. Mereka sangat kuat, walaupun kurang mendapat bantuan semasa pembangunan maahad ini namun ustaz ini tidak mengalah, niatnya untuk anak-anak kecil ini mendapatkan pengajian agama takkan pernah luntur.  


Terdapat kumpulan yang akan membersihkan persekitaran maahad, mengedarkan bantuan pakaian, makanan ke kawasan-kawasan yang terpilih dan sesi kaunselor bersama anak-anak didik di maahad ini. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar pada hari tersebut.







Nenek ini turut mengalami bah terbesar ini. Dia mempunyai sebuah kedai makan (lebih kepada sup) di tepi highway Bukit Rangin ini. I'm gonna be like her too but 40 years from now, insyaAllah and she's cute right J Tenang sahaja melihat dirinya yang tabah menghadapi musibah ini pada usianya sebegitu. Semoga perniagaannya selepas ini akan lebih dimurahkan rezeki, amin..



Pokok jambu ini menjadi teduhan para sukarelawan berehat dan menikmati isi buah ini walaupun hampir berminggu-minggu ditenggelami banjir, rasanya masih boleh tahan cuma agak kelat sedikit. Dan paling mengujakan kami, buahnya sangat lebat seakan gembira menyambut kehadiran kami serta pihak-pihak lain yang datang membantu, insyaAllah...





Tiba masa kami mengundurkan diri, suasana suram menyelubungi hari yang kelam. Saya sempat berbual bersama seorang anak kecil lelaki disitu tapi terlupa apa nama dia..Comel sbb kulit dia yang hitam manis dan bila senyum tu tenang je rasanya..
J
'Adik, mak ayah ada lagi?'
'Mak ayah ada tapi bercerai. Emak tak mampu jaga sebab tu hantar sini.'
'Adik beradik lain ada?'
'Ada, emak jaga.'
'Rindu mak ayah tak?'
' :)' (dia senyum malu tanpa menjawab)
'Nah akak bagi payung, ini je yang mampu sebab tak sempat nak beli apa-apa'
'Terima kasih kak, datang lagi nanti.'
'InsyaAllah..belajar dengan ikhlas dan perlu berjaya, nanti boleh masuk politeknik macam abang kakak nie..ok?'
Semoga dia dan anak-anak kecil itu dilindungi Allah. Rindu nak tengok dia senyum malu2 tu lagi, insyaAllah.


Tapi itu tidak lama...


Kami dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati yang jauh disini. Berita Harian Metro, 14 Februari 2014 kelmarin melaporkan Maahad Tahfiz Muhammadi ini mengalami kebakaran yang telah menghanguskan maahad tersebut hampir keseluruhannya.





SubhanaAllah...baru sahaja ingin pulih dari pedih. Namun ketentuan Allah itu sudah tertulis, segala salah sangka perlu ditepis. Pihak pengurusan PMM telah maklum akan hal ini dan akan menjalankan derma kilat bagi membantu pihak maahad, insyaAllah. Sama-sama kita doakan agar urusan ini dipermudahkan supaya saudara kita ini mampu dibantu untuk meneruskan dakwah di jalan Allah.

Ingat lagi pokok jambu yang menjadi teduhan kami? SubhanaAllah..pokok itu kuat jika dilihat pada gambar itu, semoga sekuatnya iman pada diri warga Maahad Tahfiz Muhammadi.


Remember, next time your little hut is burning to the ground, it just may be a smoke signal that summons The Grace and help of Allah!

The message in the Quran is 'Do not be sad and Never lose hope of Allah's mercy'.
Allahuakbar!!!


#Credit to Nurul Syimaa Zakaria for those pictures in Pahang. Jazakallah khay ukhti J

Thursday, 12 September 2013

Help Us to Helped You :)

Assalamualaikum and a very wonderful day to all dear bloggers :)
Alhamdulillahhirabbilalamin, we're still be given a chances to improve ourself before we close the eyes till akhirat, insyaAllah.
Al-Fatihah for those who might lose their loved one today...

Baiklah, setelah berkurun saatnya tidak meng 'update' blog ini, seakan gua Kelam juga nampaknya... (uhuk..uhuk :p )
InsyaAllah untuk entri kali ini saya akan berkongsikan kepada anda sebuah produk inovasi yang bakal dijalankan oleh kumpulan saya di Polieteknik Merlimau, Melaka tidak lama lagi.

Produk ini adalah penambahbaikan daripada produk asal iaitu sebuah pemadam papan putih. Yup, a duster! (-_-'')
Kumpulan saya mengambil inisiatif untuk menjadikan pemadam ini mesra pengguna berbanding dengan pemadam yang ada sekarang ini. Pemadam ini diberi nama 'Easy Dust' untuk memastikan agar pengguna mudah untuk mengingatinya semasa membuat pembelian, hehe...

Apa ciri-ciri terbaru yang ingin kami tonjolkan ialah, pemadam ini akan diletakkan penutup dibawah lapisan permukaannya agar tidak mudah kotor dan mudah dibawa ke mana-mana serta mempunyai 'sensor' yang mampu memberitahu pengguna agar menukar lapisan permukaan pemadam yang sudah kotor.

Oleh itu, kami sedang menjalankan soal selidik pengguna untuk mengetahui sejauh mana produk ini mampu dijalankan dan insyaAllah akan dikomersilkan jika ia berjaya menambat hati pengguna, amin..hihi

Kumpulan kami ingin meminta kerjasama, sekiranya anda yang sedang membaca blog ini untuk menyokong penghasilan produk inovasi ini, sila jawab soalan-soalan berkaitan inovasi ini yang telah disediakan oleh kami :)

Anda boleh terus klik ke 'SURVEY EASY DUST' dibawah ini untuk menjawab soalan kami (^.^)v
SURVEY EASY DUST Tun razak exchange Baiklah itu sahaja, insyaAllah untuk di masa akan datang akan ada entri-entri terbaru yang akan saya kongsikan..Ma'assalamah, wailalliko' :)
Assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatu, tataa...

Tuesday, 30 April 2013

Remaja Anti Masjid?

Assalamualaikum and hye there bloggers and readers :)
Alhamdulillah for today and it seems to be a long time I didn't update this blog, uhukk..uhuk(batuk bersawang)

Tajuk di atas rasa-rasanya sudah ramai dikupas oleh ahli agamawan, penulis-penulis atau sesiapa sahaja yang sedar akan masalah ini. Namun disini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman, dan memberikan sedikit pandangan atau pendapat agar maslahat ini bisa dikurangkan, insyaAllah...

Alhamdulillah, seperti perkongsian2 sebelum ini ada saya perkatakan yang saya berjalan ke merata tempat disebabkan pelajaran atau sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Orang kata, banyak berjalan, luas pandangan, ilmu diperoleh, minda celik..insyaAllah

Sepanjang pengalaman tersebut, adalah beberapa kisah yang saya harap dapat dijadikan pengajaran dan sama-sama muhasabah untuk memperbaikinya kerana manusia biasa tiada sempurnanya. Sebagai remaja yang sangat muda :) kadang-kadang kami menghadapi masalah berdepan dengan teguran daripada mereka yang sudah berumur (tua). Lebih daripada satu masjid-masjid besar yang saya telah lawati sekitar Johor, Melaka, Terengganu, Sabah dan Kuala Lumpur. SubhanaAllah cantik-cantik masjid tersebut. 

Kebiasaannya akan ada mereka yang akan mengemas masjid itu jika ia adalah masjid yang sangat besar dan terkenal di kawasan tersebut. Mereka akan mengemas dan menyusun sejadah, telekung, Al-Quran, kitab-kitab dan sebagainya. Semoga Allah merahmati niat suci mereka memakmurkan rumah Allah ini, insyaAllah. Pernah saya dan kakak pergi ke satu masjid yang merupakan masjid besar di kawasan tersebut. Itu adalah kali pertama bagi saya. Semasa ingin mengambil telekung lantas mak cik yang bertugas disitu memberikan kepada saya, dia kata takut akan bersepah jika tidak dijaga. Saya agak termangu seketika namun terus sahaja menyarung telekung tersebut dan solat. Seusai solat, giliran kakak saya pula untuk bersolat kerana anaknya yang kecil akan mengganggu. Semasa kakak saya bersolat, kain telekungnya terselak sedikit dan mak cik yang menjaga masjid tersebut terlihat dan menggesa saya untuk menyuruh kakak berhenti solat. Pada masa itu saya masih jahil lagi akan hukum jika terselak kain ini lalu mahu atau tidak saya terpaksa menyuruh kakak memberhentikan solatnya tapi dalam hati sebenarnya tidak mahu. Jadi, kakak saya terpaksa memulakan solatnya semula dan dahinya kelihatan berlipat tiga, maaf akak. Selepas kejadian tersebut saya pernah mendengar ceramah yang mengatakan jika kain terselak lalu ditutup insyaAllah solat masih boleh diteruskan, tiada masalah. Islam is the way of life and we should be easy on it. Sila click untuk penerangan kereta Apabila setiap kali saya singgah di masjid tersebut saya akan pastikan segala-galanya berjalan lancar kerana mak cik tersebut memang gemar menegur jemaah yang hadir untuk bersolat, jika dengan cara yang berlemah lembut dan sopan saya rasa jemaah tersebut tidak akan membuat muka, namun sebaliknya sehingga mereka rasa agak sukar pula untuk bersolat. InsyaAllah semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut untuk menjalankan tugasnya yang tidak ramai dilakukan orang pada masa kini. Mungkin keletihan dalam memastikan ruang di rumah Allah itu kelihatan bersih, cara teguran tidak berapa indah. 

Selain masjid, banyak juga surau-surau kecil yang saya pernah kunjungi dan biasanya tidak ada yang menjaganya seperti masjid-masjid besar. Mungkin hanya dibersihkan pada hujung minggu, sebelum Ramadhan atau Hari Raya, waallahualam. Hari itu hari Jumaat, saya baru sampai di stesen bas tersebut dan membawa barang yang agak banyak dan berat. Cadangnya hendak berehat di dalam surau kecil disitu dan boleh juga beriktikaf sambil berzikir atau membaca tafsir, insyaAllah. Baru sahaja berada di muka pintu surau tersebut, saya lantas dimarahi oleh mak cik yang sedang mengemas surau tersebut. Katanya 'eh..! Keluar,keluar. Nak masuk nanti selepas solat Jumaat.' SubhanaAllah, hampir menitik air jernih di kelopak mata apabila disergah sebegitu sekali sambil diperhati orang ramai yang berada disitu. Saya tidak sempat untuk mengeluarkan sebarang kata-kata kerana terlalu penat dan memerlukan rehat. Mahu atau tidak saya terpaksa menyewa tempat untuk meletakkan barang-barang. Hanya zikir-zikir Allah yang mampu menyejukkan perasaan yang bahang sebahangnya tengahari itu, Alhamdulillah..
Sebenarnya saya tiada masalah jika mak cik itu berkata saya tidak dibenarkan masuk ke surau pada masa itu tetapi dengan cara sebegitu tidak manis bagi seorang Muslim. Bukankah sudah ditunjukkan sikap peramah Rasulullah dalam melayani si buta dengan penuh lembut semasa menyuapkan makanan kepadanya hari-hari walaupun si buta itu terus-terusan menghina dan mencaci dirinya sehingga wafatnya Rasulullah...Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut dalam tugasnya menjaga rumah Allah dan diberikan kelembutan dalam berbicara dengan jemaah yang hadir, insyaAllah.

Didalam turutan adik-beradik, saya adalah perempuan yang terakhir tapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan saya paling rapat dengan adik lelaki yang bernama Mohd Arif, 19 tahun. Dia agak tinggi sedikit dari saya dan rupa kami memang tidak nampak sama, dia agak Hindustan sedikit, huhu.. 
This is one of my lovely hero,
ada rupa retis bollywood tak? huhu.. 
So, for the 5 month at Kuala Lumpur he's the man that always with me for shopping, islamic activites or else (after my first brother). Alhamdulillah, baru-baru ini kami sempat pergi ke satu karnival islam di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur ini. Yang mana tahu akan karnival tersebut, tahulah but I don't want to tells more in it, maaf. Kami berada disitu jam 11 pagi sehingga masuk waktu Zohor dan terlajak ke Isyak kerana sangat menyokong niat murni ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan karnival ini walaupun tidak ramai yang hadir kerana pada hujung minggu tersebut terlalu banyak aktiviti yang sedang berlangsung di mana-mana. Selepas Zohor kami bercadang tidak mahu berjalan-jalan sekitar masjid untuk melihat gerai-gerai yang ada kerana terlalu panas cuacanya jadi kami pun duduk didalam masjid sambil membaca buku yang baru dibeli daripada gerai Ustaz Kazim Elias, Alhamdulillah Allah perkenankan juga pertemuan dengan ustaz retro ini :)
Dijadikan cerita dan pengajaran, buku yang adik saya beli ada diletakkan gambar kakak sulung kami didalamnya semasa ceramah ustaz ini di salah sebuah kampung kami. Saya memang agak terkezut dan menjerit kecil apabila melihat gambar tersebut. Sambil berkata kepada adik seakan tidak percaya dan tertawa panjang sehingga mak cik yang menjaga kawasan tersbut mendekati kami.
'Eh, awak tidak boleh ya berdua-aduaan disini, ini dah kira berdua-duaan nie, kalau nak duduk di luar.'(kurang lebih begitu ayatnya)
Adik saya ingin menjelaskan keadaan tersebut lalu berkata 'maaf cik, kami adik-beradik' namun kata-kata adik saya itu seakan angin lalu. Tidak diendah langsung. Kami terkesima. Tidak mahu mengeruhkan keadaan kami pun keluar dari masjid tersebut.

Emm..mungkinkah ini sebabnya remaja-remaji kini kurang mendekati masjid kerana teguran-teguran yang seakan melemahkan semangat untuk berada di situ??

Bagi saya, mungkin juga. Iyalah, kadang-kadang tegur tanpa mengikut perasaan semasa, agak terasa juga. Siapalah manusia yang rela sahaja ditegur dengan sebegitu melainkan anda bernama Asimo :)

Banyak lagi sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda-mudi jarang kelihatan di masjid. Pengalaman sendiri, mungkin mereka merasakan remaja terlalu muda untuk melakukan sesuatu seperti bagi remaja yang berkemampuan untuk menjadi imam, bilal atau memberi ceramah dan tazkirah, kurang dititikberatkan pengambilannya. Apalah kiranya diberikan mereka peluang jika mereka sekali-sekala pulang ke kampung untuk cuti sekolah/semester, pasti menjadi ikutan remaja yang lain, insyaAllah. Atau boleh juga mengadakan pertandingan 'imam muda kampung hotel' yang sememangnya ditunggu oleh sesetengah diantara mereka.

Seperti yang dikatakan ada beberapa masjid atau surau yang tidak mempunyai pembantu untuk menguruskannya. Sebaiknya ahli jawatankuasa masjid atau surau membuat pengumuman dengan mengadakan gotong-royong atau seikhlas hati kepada sesiapa yang sudi membantu mengemas dengan seliaan ahli jawatankuasa pada masa yang perlu ditetapkan, dengan itu terisi juga masa yang senggang. Tidaklah merayau ke mana-mana yang menyebabkan ibu bapa risau sentiasa.

As a conclusion, peoples which is a Muslim really2 needs to make Islam as the way of life, insyaAllah. In the way you talking, walking, anything is a mirror of you. 
Dari Surah Al-An'am 6:153
Maksudnya: "Dan inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan tersesat dari jalan Allah. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu takut kepadaNya".
Dari Surah Al-Maidah 5:3
Maksudnya: "Pada hari ini Aku(Allah) telah sempurnakan agama kamu dan Aku telah lengkapkan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha agama Islam itu menjadi agama kamu".
Seberat mana tugas yang diberi kepada kita, sepenat mana kita menghadapinya, ukirkan senyuman tanpa balasan :)

Till then, may Allah bless us in this world and Akhirat too, see you in Jannah my dear sister&brotherhood. Forgive for every single words of me, I'm seriously nothing. 
Assalamualaikum and tingg! 1 point have been rewarded by Allah after you answer the salaam...Legoland hotel

Thursday, 11 April 2013

She's A Man

" Tulang besi, urat dawai... "

" aaa..? "


Assalamualaikum warahmatuallah and hye there :)

Alhamdulillah for today and I'm going to share a story of a friend. 
I do care of her and yah, I still love her as a sisterhood lillahitaalla, until now...and I hope she will read this, insyaAllah.

Ok, pertama kali dengar perkataan di atas tue masa Tingkatan 1. 
Setiap kali bersalam dengan dia memang tak sah kalau tak digenggam kuat-kuat. 
I have no idea why she likes to do like that. 
She will stop doing it till I said 
' Wee..sakitlah As! '

Yes, she did and she said dengan bangganyerr ' inilah tulang besi, urat dawai.'
Banyaklah besi dawai hang, tangan nie dah lembik jadinya. 

But, whatever it is I never get anger with her for a long time, I don't know.

Walau sekasar mana dia lakukan tapi masih lagi boleh menerima seadanya, sebab aku kan kakak, haha.. (ok,stop)

She's my first classmate on 1 EK 2 (known as CEMERLANG now,i guess >.<). She sit on my right, at the back, behind the windows. Wow..I'm still remembered dude ! 

Continues...

Dia adalah seorang pelajar perempuan yang biasa dan kadang-kadang berkelakuan luar biasa, bila kasar sikit orang kata 'macam lelaki' 'tak serupa perempuan' 'bla..bla...and so on'.

Banyak perkara yang unexpected sometime she do on the class, such as yelling to the boys and girls sometime (suruh senyaplah kononnya), tampar main-main, panggil cikgu dengan gelaran yang annoying (astaghfiruallah,jangan buat ya,cubit nanti) and makes me happy (haha...stop!)

Pernah sekali waktu beratur sebelum masuk kelas, dia tiba-tiba datang dan mendukung saya and I'm so scared, I don't know.. 
So I shout to her wisely... 'turunkan aku la As !!' 
Mungkin masa itu saya sudah mendengar cerita yang macam-macam mengenai dia, dan tiba-tiba saya rasa ingin jauh namun hati seakan mengeluh. 

Kenapa??

Sebelum itu, saya pernah membuat kerja kursus, saya pergi ke rumahnya dan pada masa itu ibu bapanya sedang bekerja. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa menjaga 3 orang adiknya, 1 perempuan dan 2 lelaki. Adik bongsunya pada masa itu masih kecil, seperti 1 tahun lebih. And I was touched when I  saw her feeds her sister very gently. I said in my heart 'SubhanaAllah As, kat sekolah bukan main ganas kau tapi kat rumah, aku pun kalah..'(huhu)
Saya juga pernah melihat dia memakai baju Bhai (emm..baju perempuan Singh) semasa program Maulidur Rasul rasanya, SubhanaAllah..beautiful.

Semenjak kami tidak sekelas lagi untuk Tingkatan 2 dan seterusnya, pelbagai cerita saya dengar mengenai dia dari jauh. Saya selalu mengandaikan kata-kata mereka hanya rekaan kerana saya pernah mengenalinya, namun Allah itu Maha Kuasa. 
Ditakdirkan Allah, saya melihat sedikit perubahannya, sedih.

Dia di luar memakai pakaian seakan menyerupai lelaki dan kadangkala jelas seperti lelaki, tapi bagi mereka yang mengenalinya pasti tidak merasa janggal namun bagi yang tidak mengenali akan mula membuat andaian.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Dimana salahnya? Diri sendiri? Ibu bapa? Keluarga? Masyarakat? Negara? Dunia?

SubhanaAllah...we're so close with Kiamat and what have we done?

''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

Walaupun dia sudah berubah sebegitu drastik sekali, namun tidak pernah saya cuba untuk mengendahkan dirinya. Biasa juga menziarahinya jika ada waktu dan kadang kala terserempak di luar.

Bukan saya yang menegur tapi dia!

Rasanya 2 tahun lepas, rasa segan apabila orang sekeliling melihat situasi itu but who care? Alhamdulillah dia masih sama, tidak ada perubahan dan masih maintain slim seperti dulu (kalau nak tips kekal kurus bolehlah tanya dia, hihi...) Bila jumpa tu tanyalah buat apa, duduk mana and so on. Selepas dia pergi akan ada yang bertanya 'siapa itu,tak serupa perempuan..bla..bla...'

Ni yang malas bila kena jawab pertanyaan perempuan. (err...you're girls too right?) 
Yes! but please...kadang-kadang kita punya kain terseret tahi ayam tapi kain orang lain yang price tag lupa nak tanggal sibuk kita katakan.
Sorry, this is so emotional.  

Setiap kali berbual dan memandang tepat ke matanya, hati jadi sayu. 
Seolah-olah meminta agar dia mendengar isi hati yang merayu agar berubah, berubah kerana Allah. 
Rasa rindu yang amat syahdu bila teringat kisah lalu. 
Dia sangat istimewa Ya Allah. 
Tapi...fahamkah dia perasaan yang menyelimuti kalbu harapan itu?

Golongan LGBT, mak nyah dan sebagainya bukan lagi satu fenomena baru masa kini dan seakan mahu lebih dikenali. Awalnya bukanlah mereka ini terus menjadi seperti itu, disebabkan beberapa faktor yang mendorong menyebabkan mereka hilang di akhirnya.

(Click on here for more details) 

(Click on here for the story) pinjaman peribadi 

InsyaAllah, jika Allah berkehendakan sebelum tertutup mata ini, ingin rasanya melihat perubahan pada dirinya, membantunya, bukan sekadar di dunia, tetapi ke Syurga Yang Maha Esa. 

Dear friend, 
If you were here...
Let me know 
When we honestly ask ourselves
Which person in our lives mean the most to us
We often find that it is those who
Instead of giving advice, solutions or cures
Have chosen rather to share our pain
And touch our wounds
With a warm and tender hand
-Henri Nouwen-

I love you because of Allah, from the day till Jannah ❤


Wednesday, 27 March 2013

InsyaAllah | coming soon :)

Assalamualaikum, peace be upon you :)

Dah jawab? 

Ting..!! 1 point have been rewarded to you by Allah S.W.T, insyaAllah.

See...just said the salaam broe& sis, doesn't have to do something big on it. We start with the small one and continue (istiqamah) on it, insyaAllah.

Why is it so many words of  'insyaAllah' you used?

Oh really..? -.-''

Today I'm not going to get further on it but just for your information.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harith dan 'Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua orang ini adalah bagaimana kisah Ashabul Kahfi?, Bagaimana kisah Dzulqarnain?, Dan Apa yang dimaksudkan dengan Ruh?.

Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu, "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab." Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.

Sedangkan orang Quraisy setiap hari selalu menagih janji kepada Rasulullah saw dan berkata "Mana ceritanya? Besok .. besok .. besok .." Ketika itu Rasulullah saw sangat bersedih. Akhirnya Allah menurunkan wahyu surah Al-Kahfi yang mengandungi jawapan kedua-dua soalan pertama, soalan ketiga berada dalam surah Al-Israa ayat 85.Dubai airport hotels

Allah berfirman pada akhir surat Al-Kahfii:

"Janganlah kamu sekali-kali mengatakan, 'Sesungguhnya saya akan melakukan hal ini esok,' kecuali dengan mengatakan Insya Allah." (Surah al-Kahfi :23-24)

 

Alhamdulillah untuk tahun 2013 banyak memberi peluang-peluang baru kepada saya terutamanya dalam bidang yang diceburi kini.

InsyaAllah saya akan kongsikan bersama sedikit sebanyak perancangan ini agar sama-sama bermanfaat :)

ON MY LIST ---<@

#1 : Bagi mereka yang minat memakai jubah (bagi wanita sahaja), insyaAllah saya kini sedang menjual Jubah Viscose & Jubah Shiffon yang pada masa kini saya menetapkan harganya hanya RM60 dan tidak termasuk kos penghantaran. (Murahnya...) Ok..sila kecilkan semula mata anda. Jika terdapat sebarang perubahan harga akan saya 'update' lagi. Terdapat saiz 38 hingga 50. Gambar jubah tersebut akan saya 'upload' insyaAllah jika modelnya sudah bersedia :) Jika anda berminat sila komen dibawah atau tegur-tegurlah di fb/tweet untuk maklumat lanjut, insyaAllah saya akan memberi respon dengan kadar segera.

#2 : Adakah kita berkongsi minat yang sama dengan memakai tudung Rozello/Akel (bidang 50/60)?? Siapa kata pakai tudung bidang besar nie x boleh nak 'style'? Habaq chek dulu.. Ok, ada yang bertanya saya bagaimana untuk memakai tudung sebegini yang mudah & selesa. InsyaAllah, saya sebenarnya memang tidak reti memakai tudung yang agak licin sebab bukan senang lipat di tepi, bagi orang yang sudah biasa memang nampak mudah. Satu hari tue saya terfikir, tak perlu lipat boleh ke? (gerenti serabut..) Jadi saya pun cuba & Alhamdulillah it's work. Bagaimana? Nantikan video tutorial saya, insyaAllah.

#3 : Bila berjauhan dari tempat asal, macam-macam orang yang kita akan jumpa. InsyaAllah semoga menjadi pengalaman terindah. Semenjak berada di bumi Metropolitan seawal Disember 2012, ramai orang yang saya kenal dari latarbelakang yang berbeza dan pelbagai ilmu jugalah diperolehi dari mereka. Antaranya yang bakal dikongsikan disini ialah resepi masakan. Resepi apa, dari mana, bagaimana? Haa...itu semua akan saya 'post' kemudian, insyaAllah.

Ok readers, that's all for this post, insyaAllah...May Allah bless us always on the great job we do for Him.

Peace yo v(^.^)v  Assalamualaikum...

Tuesday, 11 December 2012

Kejayaan DUNIAWI ke UKHRAWI? ツ

Alhamdulillahhirabbilalamin, LailahailaAllah Muhammadur Rasulullah ♥♥♥

Segala puji-pujian hanya pada yang Maha Pencipta, memberikan nikmat kepada sekalian alamNya serta junjungan besar kepada Kekasih Ilahi Rasulullah Sallahualaihiwassalam.

Bila menanti sesuatu yang ditunggu sekian lama, mesti ada debaran yang luar biasa daripada biasa. Macam tunggu keputusan peperiksaan, keputusan untuk sambung belajar atau kerja dan sebaliknya. Penantian akan berakhir bila jawapan mula diketahui…

Ada cerita, tentang sesuatu yang diperolehi untuk sesuatu perkara.

Bila mendapat sesuatu yang lama diimpikan, dihajatkan…diri mesti rasa gembira, mula rasa berbunga-bunga, segala cerita duka hilang sekelip mata, (Alhamdulillah itu apa yang dirasa sekarang…)

Namun, jika kita tidak memperolehi apa yang kita dambakan selama ini, pasti gelisah melanda, resah entah ke mana,  kecewa meruntun jiwa…

InsyaAllah, itu semua apa yang Allah Azzawajalla telah tetapkan di Luh Mahfuz , sebelum kita diciptakan lagi. Allah telah menentukan takdir yang terbaik bagi setiap hamba-hambaNya. Usaha yang berterusan, doa yang tidak pernah putus dan tawakkal dalam tawaddu’, itu yang utama untuk menentukan setiap keputusan hidup, insyaAllah.

Agak terkesan bila ada yang menilai seseorang berdasarkan pencapaian yang diperolehi semata. Tidak salah menilai berdasarkan pencapaian namun perlu dilihat juga usaha yang dilakukannya. Mungkin usahanya telah banyak namun masih belum mencapai keputusan yang baik, ada juga yang usahanya sedikit namun pencapaiannya amat terbaik. Itu semua ujian Allah untuk mengukur tahap syukur bagi yang berfikir.

Cemerlang di dunia belum menentukan cemerlangnya anda diakhirat kelak. Jadi, perlu seimbang kedua-duanya, duniawi dan ukhrawi J

“Sesiapa yang mencari ilmu yang sepatutnya diperolehi untuk mendapat redha Allah, tetapi mempelajarinya untuk tujuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat” (Riwayat Abu Daud)

Kita bagaimana? Mencari dan mendapatkan sesuatu untuk redha Allah semata atau redha manusia? Betulkah niat kita selama ini untuk belajar, bekerja dan sebagainya? 

Tanya diri, selami hati, insyaAllah temui jawapan yang pasti…

INGAT !!!  ‘Pointer’ yang diperolehi  bukan pengukur kejayaan semata, kenaikan pangkat bukanlah untuk selamanya, asalkan kembali kepada fitrah hidup sebagai HAMBA dan KHALIFAH, insyaAllah segalanya dapat diatasi tanpa rasa sangsi. langit langi hotel


Dimana ada kemahuan, insyaAllah disitu ada jalan

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
            Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

Monday, 9 July 2012

Awak...Kita Jaga Allah, ya? Pasti Allah Akan Jaga Semula ('')(^-^)




7. Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Potongan hadis daripada Abu Abbas, Abdillah bin Abbas r.a berkata: Saya pernah berada di belakang Nabi Sallahu Alaihi Wasallam pd suatu hari maka beliau bersabda :
"......................Ihfazillah yahfazka." (Jagalah Allah nescaya kamu mendapatiNya bersamamu)
Riwayat Ahmad no 2669, al-Tirmizi no.2516 & al-Hakim no 6302

SubhanaAllah, sayang sungguh PenciptaKu ini kepada hamba-hambaNya walau dikatakan banyak dalam ayat-ayatNya bahawa bumi ini akan rosak ditangan mereka, sehingga digambarkan dekatnya Allah itu lebih dekat berbanding urat leher kita (rujuk Surah Qaaf : 16), namun Dia tidak pernah meninggalkan kita semasa kita mengharap secebis Cinta AgungNya.
Didalam soal menjaga cinta, pastinya cinta Agung Allah Azzawajalla & Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang utama. 
Namun bagaimana selain cinta Agung itu?
Kadang-kadang tertanya juga, betul ke cinta yang aku alami ini?
Bagaimana cinta yang betul itu? 
Rumit ke...mudah ke....uh! banyak sungguh tanda tanya (><'')
InsyaAllah semoga cinta sebenar yang berteraskan cinta kepada Yang Esa tidak diabaikan.
Okay, fahami sebentar lirik lagu Bienda ni :

"Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah....
Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri..."

Jadi, cinta itu ada dari wujudnya Nabi Adam sehinggakan sunyi dirinya, Allah menciptakan Hawa sebagai pendamping sebab Allah kan Maha Mengetahui, kan,kan,kan...tapi Jangan sampai kisah memakan buah khuldi diikuti kita kerana syaitan laknatuallah memang dah janji dengan Allah nak sesatkan semua keturunan Adam sehingga kiamat.
Sebab itu kita mesti berteraskan cinta kita pada Allah untuk insan itu agar selamat dunia&akhirat.
Err…Siapa insan itu??
Ehem...ibu bapa,ahli keluarga,bakal suami,bakal isteri,jiran tetangga&saudara seislam.(maaf kalau ada yg tertinggal ;)
Saya ambil 1 insan sebagai cinta yang amat "complicated" kadang-kadang.
Cinta kepada yang bukan mahram..(bakal suami/isteri).
Bagaimana ya cinta macam ni?? 
Permulaannya mestilah kerana Allah & insyaAllah pasti akhirnya kepada Allah.

♥Sekiranya kita cinta kepada manusia, 
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,♥Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
 kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
 

Ya Allah,
❥ Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
 maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
❥ Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang kau berikan kepadaku. 

❣ Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

❣ Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
❣ Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
❣ Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
❣ Ya Allah,jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
❣ Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
❣ Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. 
❣ Ya Allah,jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.

InsyaAllah,semoga kita semua termasuk yang berkongsi di blog ini, akan bertemu cinta insan kerana cinta Allah ada pada dirinya.
Asif jiddan,wallahualam...wassalam❤