Angin bertiup damai petang itu, terik panas matahari semakin berkurangan. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk turun ke tasik, mesti dia ada di sana juga.
Selepas bersiap, aku terus melangkah laju menuruni anak tangga asrama dan segera ke arah tasik yang terletak bersebelahan masjid institut pengajian disini. Tertanya pula, agak-agak ada ke dia petang ini?
Seperti yang dijangka, Alhamdulillah dia ada. Seperti kebiasaannya, dia akan duduk di kerusi kayu yang kelihatan usang di suatu sudut dan jika bukan Al-Quran atau hadis, pasti akan ada buku yang berada disampingnya.
Niat di hati ingin menyergah dirinya seperti selalu tetapi hari ini niat itu seakan terhenti.
Pisau kecil di tangan kirinya tidak berhenti menoreh kerusi usang itu.
Matanya berkaca.
Aku segera mendekatinya, perlahan.
'Tiya...assalamualaikum'.
Aku senyum kepadanya namun senyumanku tidak dibalas dan air mata kelihatan bergenang di matanya.
'Wa..alaikumussalam, eh Naa.'
Dia sedikit terkejut. Suaranya seakan serak dan kurang jelas.
'Duduklah.'
Dia mempelawa namun matanya masih tidak lagi melihat diri ini.
'Tiya, kenapa ni? Ada masalah ke? Ceritalah, insyaAllah mana yang ana dapat bantu ana cuba.'
'Tak ada apa Naa..mata ana masuk habuk sikit. Enti dari mana?'
'Ana dari bilik, tiba-tiba rasa nak ke sini, dan ana pasti enti mesti ada di sini. Tiya, kenapa buat main pisau tu, kalau terkena luka tangan tu nanti. Bagi ana.'
Perlahan dia memberikan pisau itu kepada aku. Seribu persoalan masih berlegar di ruang minda yang kosong seperti kosongnya keadaan tasik pada waktu itu.
Lama kami mendiamkan diri...akhirnya dia bersuara.
'Naa...bagaimana agaknya jika kita sengaja memegang binatang yang haram seperti khinzir dan anjing?'
Angin mula menghembus sedikit kuat sehingga helaian buku Tiya terselak beberapa helai. Aku menutup buku tersebut dan menghela nafas sedikit. Aku pasti boleh menjawab soalan ini kerana ia sebahagian daripada hukum agama Islam dan jawapannya haram.
Atau masih ada ungkapan disebaliknya?
'InsyaAllah, jika ana dengan sengaja memegang binatang tersebut, pasti ada sebabnya maka selepas itu wajiblah ana menyamak dengan 6 kali air bersih dan 1 kali beserta tanah, waallahualam.'
'Jazakallah khayr, ukhti. Tapi kalau....'
Dia terdiam dan tertunduk. Matanya mula berkaca, merah.
'Ba..bagaimana pula dengan seorang perempuan yang sengaja bersalaman dengan lelaki ajnabi? Bagaimana ingin 'membasuhnya'?
Esakan Tiya jelas kedengaran.
SubhanaAllah.
My Lord, give us strength.
Pertama kali aku mendengar soalan seperti ini.
Ya Allah, bagaimana harus ku menjawabnya?
Ya Rasulullah, dengarlah rintihan umatmu di dunia akhir zaman ini.
Aku mula mengumpulkan tenaga untuk cuba menjawabnya kerana air matanya kini semakin deras seakan tiada hentinya, aku turut lemah.
'Tiya...istighfar dengan banyak, perbanyakkan mengucap Astaghfirulallah al azim, La Hawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda : 'Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan' (Hadis Riwayat Tabrani)
'Tiya, kita hamba Allah yang tidak sempurna, pasti ada kelemahan dimana-mana. Siapa manusia yang hidupnya berpuluhan tahun malah ada yang beratus tidak pernah melakukan kesalahan, pasti ada. Jika bukan hari ini, esoknya mungkin. Story to me dear...'
Semakin kedengaran tangisannya yang sayu. Terhenjut-henjut badannya menahan nafas untuk memulakan bicara. Aku biarkan sahaja dia di pelukanku, aku tahu dia sangat 'sakit'. Sudah berapa lama?
'Naa...ana tak nak buat benda tu. Lillahitaala, ana tahu hukum agama. Ia haram. Tapi ana tak tahu kenapa ana boleh buat juga, ana tahu tapi...'
'Tapi enti tak sedar.' Lantas ku memotong kata-katanya.
Ya benar. Kadangkala kita tahu tapi adakah kita sedar? Kita tahu perkara itu haram tapi sedarkah kita bahawa yang haram itu pastinya haram sampai bila-bila? Astaghfiruallah..
'Betul Naa. Ana tak sedar, ana tak sedar yang haram bila keadaan seakan merenggut perbuatan ana untuk bertindak yang benar. Mereka semua tidak mahu menghalang.'
'Semasa itu ana sedang menjalani latihan industri. Di kota penuh cinta, cinta dunia semata. Semuanya seakan halal dimata. Menegakkan benang yang basah dianggap kalah. Namun di situ pelbagai perkara ana belajar, ana kenal, kita perlu bijak agar tidak dipijak.'
'Hari itu ana sudah diberitahu akan ada seseorang daripada wakil produk syarikat kami akan hadir. Jadi berkemaslah segala bagai didalam pejabat seperti ingin menyambut Perdana Menteri. Orangnya mungkin dari luar negara kerana produk tersebut daripada luar negara. Ana sudah mengingatkan diri ana untuk memakai 'glove' pada hari tersebut dan ana macam sudah pasti ia akan berlaku namun kuasa Allah itu Maha Hebat, tidak sehebat akal manusia yang mampu mencipta sebuah janakuasa. Ana terlupa membawa sekali 'glove' tersebut, ana hanya memakai sarung lengan.'
'Hari jumaat, tengahari itu mereka pun sampai. Seramai 3 orang dari syarikat kami dan seorang dari wakil produk tersebut, kesemuanya lelaki. Ana agak terkejut kerana terus diperkenalkan dengan 'Mr.' tersebut..'
'Meet Tiya, our business management trainee.'
'Ohh hai, good afternoon. How are you?'
'Mr. itu berkata lantas dihulur tangannya.'
'Ana seakan terpana seketika. Harus bagaimanakah keadaan ini? Mereka semua sekadar melihat, tidak kurang juga yang tersenyum. I was confused and seems that I have no choices. SubhanaAllah. Tangan ini juga menghulur namun sekadar di hujung jari. Lalu Mr. itu seakan pelik melihat keadaan tersebut dan mula memandang bos.'
'Oh..I'm sorry, you can't..' dan ayatnya terhenti apabila melihat bos tidak menjawab soalan itu malahan bos terus tertawa dan berkata 'it's ok..bla..bla...'
Tiya menjerit kecil.
'No!! It's not ok Naa, it's NOT!'
Belum sempat kering air mata itu. Kali ini lebih hebat.
'Sabar Tiya. InsyaAllah, perbanyakkan memohon ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasulullah kita pun hari-hari memohon ampun kepada Allah walaupun Baginda tahu Baginda seorang yang ma'sum, terpelihara daripada segala maksiat dan kejahatan tapi kenapa masih Baginda ingin berbuat sedemikian?
Kerana Rasulullah tahu dan sedar yang Baginda tidak mengambil sikap sambil lewa walaupun Baginda seorang yang istimewa disisi Allah.'
'Cuba lihat manusia hari ini, baru sahaja diberi jawatan tinggi, sudah rasa segan hendak menolong yang berpangkat rendah, nauzubillah.
Janganlah sesekali kita mencontohi sifat-sifat mazmumah yang boleh meruntuhkan ummah.'
Angin kembali bertiup tenang dan burung-burung terbang berselerakan di balik awan, pulang ke kediaman. SubhanaAllah, kejadian Allah. Fitrah hidup berpaksikan ketetapan Ilahi, segalanya tersusun rapi.
Aku dan Tiya masih belum berganjak dari kerusi usang itu walaupun jam menunjukkan lagi 5 minit untuk ke surau bagi solat Maghrib berjemaah. Esakannya semakin berkurangan namun pelukannya masih erat.
Tiya...be strong dear.
Aku memecah kesunyian. Tiya seakan tersedar.
'Tiya...mehnah (ujian) daripada Allah ini datang untuk orang istimewa sahaja. Bila diberi ujian ini kita seakan menjadi lain daripada hari-hari yang dilalui. Sedih itu ujian, ketawa itu juga ujian. Allah sedang uji, DIA rindu Tiya. DIA rindu nak dengar Tiya berbicara denganNya. Allah sayang sebab itu Allah uji. Apa yang penting Tiya sedar dan berharap agar Tiya tidak mengulangi kesilapan yang sama, insyaAllah.'
'Betul Naa.. Ana akan jadikan ini suatu pengajaran yang amat bernilai kerana ana yang terpilih untuk diuji. Ana akan berusaha sedaya upaya unntuk memperbaiki kelemahan diri dan pastinya tidak gentar lagi menunjukkan diri ana adalah seorang muslimah bukan yang lemah. Doakan ana, insyaAllah.'
'InsyaAllah, jom bersiap. Sudah sampai masa bertemu Sang Pencinta.'
Tiya akhirnya menguntum senyuman yang manis. Semanis kurma? Mungkin juga namun senyuman selepas tangisan adalah suatu anugerah.
Anugerah Yang Maha Sempurna kepada hambaNya yang tiada apa.
Semoga Allah redha.
#nurulaishahs
#kuala lumpur br1m
#120413
Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts
Sunday, 9 June 2013
Mehnah Ilahi Teruskan Diuji
Thursday, 11 April 2013
She's A Man
" Tulang besi, urat dawai... "
" aaa..? "
Assalamualaikum warahmatuallah and hye there :)
Alhamdulillah for today and I'm going to share a story of a friend.
I do care of her and yah, I still love her as a sisterhood lillahitaalla, until now...and I hope she will read this, insyaAllah.
Ok, pertama kali dengar perkataan di atas tue masa Tingkatan 1.
Setiap kali bersalam dengan dia memang tak sah kalau tak digenggam kuat-kuat.
I have no idea why she likes to do like that.
She will stop doing it till I said
' Wee..sakitlah As! '
Yes, she did and she said dengan bangganyerr ' inilah tulang besi, urat dawai.'
Banyaklah besi dawai hang, tangan nie dah lembik jadinya.
But, whatever it is I never get anger with her for a long time, I don't know.
Walau sekasar mana dia lakukan tapi masih lagi boleh menerima seadanya, sebab aku kan kakak, haha.. (ok,stop)
She's my first classmate on 1 EK 2 (known as CEMERLANG now,i guess >.<). She sit on my right, at the back, behind the windows. Wow..I'm still remembered dude !
Continues...
Dia adalah seorang pelajar perempuan yang biasa dan kadang-kadang berkelakuan luar biasa, bila kasar sikit orang kata 'macam lelaki' 'tak serupa perempuan' 'bla..bla...and so on'.
Banyak perkara yang unexpected sometime she do on the class, such as yelling to the boys and girls sometime (suruh senyaplah kononnya), tampar main-main, panggil cikgu dengan gelaran yang annoying (astaghfiruallah,jangan buat ya,cubit nanti) and makes me happy (haha...stop!)
Pernah sekali waktu beratur sebelum masuk kelas, dia tiba-tiba datang dan mendukung saya and I'm so scared, I don't know..
So I shout to her wisely... 'turunkan aku la As !!'
Mungkin masa itu saya sudah mendengar cerita yang macam-macam mengenai dia, dan tiba-tiba saya rasa ingin jauh namun hati seakan mengeluh.
Kenapa??
Sebelum itu, saya pernah membuat kerja kursus, saya pergi ke rumahnya dan pada masa itu ibu bapanya sedang bekerja. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa menjaga 3 orang adiknya, 1 perempuan dan 2 lelaki. Adik bongsunya pada masa itu masih kecil, seperti 1 tahun lebih. And I was touched when I saw her feeds her sister very gently. I said in my heart 'SubhanaAllah As, kat sekolah bukan main ganas kau tapi kat rumah, aku pun kalah..'(huhu)
Saya juga pernah melihat dia memakai baju Bhai (emm..baju perempuan Singh) semasa program Maulidur Rasul rasanya, SubhanaAllah..beautiful.
Semenjak kami tidak sekelas lagi untuk Tingkatan 2 dan seterusnya, pelbagai cerita saya dengar mengenai dia dari jauh. Saya selalu mengandaikan kata-kata mereka hanya rekaan kerana saya pernah mengenalinya, namun Allah itu Maha Kuasa.
Ditakdirkan Allah, saya melihat sedikit perubahannya, sedih.
Dia di luar memakai pakaian seakan menyerupai lelaki dan kadangkala jelas seperti lelaki, tapi bagi mereka yang mengenalinya pasti tidak merasa janggal namun bagi yang tidak mengenali akan mula membuat andaian.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Dimana salahnya? Diri sendiri? Ibu bapa? Keluarga? Masyarakat? Negara? Dunia?
SubhanaAllah...we're so close with Kiamat and what have we done?
''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11
Walaupun dia sudah berubah sebegitu drastik sekali, namun tidak pernah saya cuba untuk mengendahkan dirinya. Biasa juga menziarahinya jika ada waktu dan kadang kala terserempak di luar.
Bukan saya yang menegur tapi dia!
Rasanya 2 tahun lepas, rasa segan apabila orang sekeliling melihat situasi itu but who care? Alhamdulillah dia masih sama, tidak ada perubahan dan masih maintain slim seperti dulu (kalau nak tips kekal kurus bolehlah tanya dia, hihi...) Bila jumpa tu tanyalah buat apa, duduk mana and so on. Selepas dia pergi akan ada yang bertanya 'siapa itu,tak serupa perempuan..bla..bla...'
Ni yang malas bila kena jawab pertanyaan perempuan. (err...you're girls too right?)
Yes! but please...kadang-kadang kita punya kain terseret tahi ayam tapi kain orang lain yang price tag lupa nak tanggal sibuk kita katakan.
Sorry, this is so emotional.
Setiap kali berbual dan memandang tepat ke matanya, hati jadi sayu.
Seolah-olah meminta agar dia mendengar isi hati yang merayu agar berubah, berubah kerana Allah.
Rasa rindu yang amat syahdu bila teringat kisah lalu.
Dia sangat istimewa Ya Allah.
Tapi...fahamkah dia perasaan yang menyelimuti kalbu harapan itu?
Golongan LGBT, mak nyah dan sebagainya bukan lagi satu fenomena baru masa kini dan seakan mahu lebih dikenali. Awalnya bukanlah mereka ini terus menjadi seperti itu, disebabkan beberapa faktor yang mendorong menyebabkan mereka hilang di akhirnya.
(Click on here for more details)
(Click on here for the story) pinjaman peribadi
InsyaAllah, jika Allah berkehendakan sebelum tertutup mata ini, ingin rasanya melihat perubahan pada dirinya, membantunya, bukan sekadar di dunia, tetapi ke Syurga Yang Maha Esa.
Dear friend,
If you were here...
Let me know
When we honestly ask ourselves
Which person in our lives mean the most to us
We often find that it is those who
Instead of giving advice, solutions or cures
Have chosen rather to share our pain
And touch our wounds
With a warm and tender hand
-Henri Nouwen-
I love you because of Allah, from the day till Jannah ❤

Location:
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tuesday, 2 April 2013
Lalang ditiup angin | culture shock
Assalamualaikum...peace be upon you readers, insyaAllah :)
Today I would like to share a story of experiences...
.
.
.
(macam pelik je bahasa luar negara dia guna)
Biaq pi la hang nak kata apa, sekurang-kurangnya kita mencuba, daripada ternganga bila ditanya...
Ok then, be cool dude. (peace)
Baiklah, cerita hari ini adalah mengenai 'kejutan budaya'. Budaya apa dan bagaimana boleh terkejut?
Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun dan hampir nak ke 21 tahun ni sempat juga diberi kesempatan mengembara keluar daripada tempat asal. Biasalah, dengan alasan menyambung pelajaran, mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau mungkin suatu hari nanti, bekerja dan berumahtangga...
Dijadikan cerita, bila berada jauh daripada tempat asal, pelbagai benda barulah kita jumpa. Tak payah kata tentang makanan, pakaian, tempat tinggal, pinggan pun kadang-kadang ada yang nampak tak sama (iye ke..). Yang pastinya, rakan-rakan lama kita juga mungkin kita akan lupakan atau akan jumpa lagi (alamak, dak nie ada sini pulak...)
Bila dah lama-lama, barulah boleh serasi dengan keadaan tempat baru walaupun mengambil masa. Tapi, kenapa agaknya senang sangat tempat yang baru sampai 2 minggu tu berjaya mengubah diri yang selama 2o tahun di tempat asal? Tempat yang mengubah diri atau diri sendiri yang mengubahnya? (zzzz...peningg)
-----------------------------------------------------------------------------------------
"Kelas lambat lagi, buka fb sat lah, mesti ramai kengkawan lama dah masuk U, poli, kolej...emm, macammana rupa mereka sekarang ae?"
click...click...click... (bunyi menaip)
"Waa...si F****** dapat belajar kat sini, dekat je dengan tempat aku rupanya. Tengok dp (default picture) dialah, mesti dah ronda-ronda sini."
"Astaghfiruallah, emm..kenapa kau tiba-tiba berubah pula nie? Dulu aku tengok ok je pemakaian kau, tapi sekarang...pakaian kau, sama macam kawan non-muslim aku. Ya Allah, kenapa ya?"
"Eh Zah, jom pergi kelas, sempat lagi kau layan fesbuk tu. Aku tinggal kau, padan muka."
"Jap, jap Rien. Aku log out dulu."
* Kelas tamat.
"Tengok apa kau tadi Zah? Khusyuk semacam, aku datang pun tak perasan."
"Aku saja tengok fb tadi, lama kot tak tengok, saja nak tengok kengkawan sekolah lama dulu, semua mesti dah sambung belajar macam aku, tapi kan..."
"Asal nie? Ex kau belajar sini gak ke? hehe..."
"Ishh kau nie... mana ada. Aku perasan sorang dak sekolah aku dulu, dia dapat belajar dekat-dekat sini, course dia boleh tahan gak dan dia pun boleh tahan gak sekarang..."
"Dah apa yang boleh tahannya? Kau nie cam mamai je...tak tidur ae?"
"Bukan, dak sekolah aku tue...dia dah lain, berubah sangat. SubhanaAllah, sampai aku rasa macam aku tak pernah kenal dia. Kenapa ya Rien, aku rasa macam ramai la bila dak macam kita nie sambung belajar tempat lain mesti berubah drastik habiss.. SubhanaAllah, aku takutlah kalau aku boleh terikut sekali fenomena 'kejutan budaya' nie."
"Sebenarnya Zah, aku rasa mereka berubah bukan sebab bila dapat belajar tempat lain, aku ada nampak juga orang yang dapat bekerja bukan di tempat asal, ada yang berubah. Tempat bukan masalah yang utama, tapi diri sendiri sebenarnya."
"Bila dah berjauhan dari ahli keluarga, kita punya siapa lagi kalau bukan kawan-kawan atau sesiapa sahaja di tempat baru. Perubahan kita kadangkalanya adalah daripada mereka tapi baik atau buruk itu tanggungjawab kita."
"You might be right Rien. AstaghfiruAllah, semoga kita dilindungi Allah ya. Aku perasan mereka ni, bila di tempat belajar lain tapi sat lagi bila balik kampung, pijak semut pun tak mati Rien, seolah-olah berdrama. Nauzubillah, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rumit dunia penuh tersirat."
"Pergantungan kita Zah, Allah Azzawajalla dan juga ikutan kita Rasulullah Sallahualaihiwasallam."
Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu tentang perpecahan ummat, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda :
وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ فِي رِوَايَةٍ : مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي
“Sesunggunya agama (ummat) ini akan terpecah menjadi 73 (kelompok), 72 di (ancam masuk ke) dalam Neraka dan satu yang didalam Surga, dia adalah Al-Jama’ah”. (HR. Ahmad dan Abu Daud dan juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dan juga mirip dengannya dari hadits Auf bin Malik radhiallahu ‘anhu)
"Seorang Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah. So, where are we?"
Today I would like to share a story of experiences...
.
.
.
(macam pelik je bahasa luar negara dia guna)
Biaq pi la hang nak kata apa, sekurang-kurangnya kita mencuba, daripada ternganga bila ditanya...
Ok then, be cool dude. (peace)
Baiklah, cerita hari ini adalah mengenai 'kejutan budaya'. Budaya apa dan bagaimana boleh terkejut?
Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun dan hampir nak ke 21 tahun ni sempat juga diberi kesempatan mengembara keluar daripada tempat asal. Biasalah, dengan alasan menyambung pelajaran, mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau mungkin suatu hari nanti, bekerja dan berumahtangga...
Dijadikan cerita, bila berada jauh daripada tempat asal, pelbagai benda barulah kita jumpa. Tak payah kata tentang makanan, pakaian, tempat tinggal, pinggan pun kadang-kadang ada yang nampak tak sama (iye ke..). Yang pastinya, rakan-rakan lama kita juga mungkin kita akan lupakan atau akan jumpa lagi (alamak, dak nie ada sini pulak...)
Bila dah lama-lama, barulah boleh serasi dengan keadaan tempat baru walaupun mengambil masa. Tapi, kenapa agaknya senang sangat tempat yang baru sampai 2 minggu tu berjaya mengubah diri yang selama 2o tahun di tempat asal? Tempat yang mengubah diri atau diri sendiri yang mengubahnya? (zzzz...peningg)
-----------------------------------------------------------------------------------------
"Kelas lambat lagi, buka fb sat lah, mesti ramai kengkawan lama dah masuk U, poli, kolej...emm, macammana rupa mereka sekarang ae?"
click...click...click... (bunyi menaip)
"Waa...si F****** dapat belajar kat sini, dekat je dengan tempat aku rupanya. Tengok dp (default picture) dialah, mesti dah ronda-ronda sini."
"Astaghfiruallah, emm..kenapa kau tiba-tiba berubah pula nie? Dulu aku tengok ok je pemakaian kau, tapi sekarang...pakaian kau, sama macam kawan non-muslim aku. Ya Allah, kenapa ya?"
"Eh Zah, jom pergi kelas, sempat lagi kau layan fesbuk tu. Aku tinggal kau, padan muka."
"Jap, jap Rien. Aku log out dulu."
* Kelas tamat.
"Tengok apa kau tadi Zah? Khusyuk semacam, aku datang pun tak perasan."
"Aku saja tengok fb tadi, lama kot tak tengok, saja nak tengok kengkawan sekolah lama dulu, semua mesti dah sambung belajar macam aku, tapi kan..."
"Asal nie? Ex kau belajar sini gak ke? hehe..."
"Ishh kau nie... mana ada. Aku perasan sorang dak sekolah aku dulu, dia dapat belajar dekat-dekat sini, course dia boleh tahan gak dan dia pun boleh tahan gak sekarang..."
"Dah apa yang boleh tahannya? Kau nie cam mamai je...tak tidur ae?"
"Bukan, dak sekolah aku tue...dia dah lain, berubah sangat. SubhanaAllah, sampai aku rasa macam aku tak pernah kenal dia. Kenapa ya Rien, aku rasa macam ramai la bila dak macam kita nie sambung belajar tempat lain mesti berubah drastik habiss.. SubhanaAllah, aku takutlah kalau aku boleh terikut sekali fenomena 'kejutan budaya' nie."
"Sebenarnya Zah, aku rasa mereka berubah bukan sebab bila dapat belajar tempat lain, aku ada nampak juga orang yang dapat bekerja bukan di tempat asal, ada yang berubah. Tempat bukan masalah yang utama, tapi diri sendiri sebenarnya."
"Bila dah berjauhan dari ahli keluarga, kita punya siapa lagi kalau bukan kawan-kawan atau sesiapa sahaja di tempat baru. Perubahan kita kadangkalanya adalah daripada mereka tapi baik atau buruk itu tanggungjawab kita."
"You might be right Rien. AstaghfiruAllah, semoga kita dilindungi Allah ya. Aku perasan mereka ni, bila di tempat belajar lain tapi sat lagi bila balik kampung, pijak semut pun tak mati Rien, seolah-olah berdrama. Nauzubillah, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rumit dunia penuh tersirat."
"Pergantungan kita Zah, Allah Azzawajalla dan juga ikutan kita Rasulullah Sallahualaihiwasallam."
Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu tentang perpecahan ummat, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda :
وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ فِي رِوَايَةٍ : مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي
"InsyaAllah, I choose to be strong and stay in the right path no matter how far we go, I choose to be the best Muslim ever. amin ya Rabb..."
"InsyaAllah dear, I choose that too. What should we do now is to stay on top of our iman everyday. Let's start with praying together, recite the Quran and tafsir, learn again our Sirah Nabawiyah, usrah, jaulah, rehlah, mukhayyam, etc...May Allah bless us to spread the beauty of Islam."
" Awesome dude. insyaAllah. Jom pergi makan berjemaah, lepas tue solat berjemaah kan? :) "
Location:
Malaysia
Friday, 15 February 2013
Aku, Dia & Jumaat │ inspired by nature
![]() |
| Love yourself first, others will come later |
It’s true...
(James Blunt : Your Beautiful)
(James Blunt : Your Beautiful)
GOOD CHARACTER
TRAITS DESCRIBED IN THE QUR'AN
In the Qur'an, Allah gives a detailed account of the behavior,
superior morality, and state of mind unique to believers. The fear of Allah
that believers harbor in their hearts, their unchallengeable faith and
unflagging pursuit of Allah's good pleasure, the trust they place in Allah, as
well as their commitment, zeal, reliability, and many similar superior qualities, are provided by
the Qur'an. Moreover, in His Book Allah praises such moral qualities as
justice, compassion, modesty, temperance, perseverance, submission to Him, and
avoidance of worthless talk.
The Concept of Cleanliness
Spiritual Purity
Physical Purity : "We gave him ... purity from Us" (Surat Maryam: 13).
Clean Clothes : “Purify your clothes. Shun all filth.” (Surat al-Muddaththir: 4-5) “Children of Adam! Wear fine clothing in every mosque...” (Surat al-A'raf: 31) “Someone asked: "How about a person who likes to wear beautiful clothes and shoes?" Allah's Messenger replied: "All of Allah's Affairs are Beautiful, and He likes beauty." (Muslim)
Keeping One's Environment Clean : And We located the position of the House for Ibrahim: "Do not associate anything with Me, and purify My House for those who circle it and for those who stand and bow and prostrate." (Surah al-Hajj: 26)
Eating Clean Food : “Eat of the good things that We have provided for you…” (Surat al-Baqara: 57) “Mankind! Eat of what is good and lawful on earth. Do not follow in the footsteps of Satan, (for) he truly is an outright enemy to you.” (Surat al-Baqara: 168)

Harun Yahya (March,2003)
Allah itu indah dan Dia menyukai sesuatu yang indah… (SubhanaAllah)
Ketika ingin memulakan ibadah lazimnya ibadah solat, biasa tak
kita periksa setiap dari apa yang kita pakai sebelum memulakan solat?
Baju yang diguna tu baru basuh ke, baju dah lama tersorok?
Telekung...rapi terlipat ke telekung penuh tahi lalat?
Haa…inilah selalu yang jarang-jarang sekali diambil berat.
…………………………………………………………………………………………………………....................…
“Indahnya sungguh di hari ini, ramainya orang
menyanyi-nyanyi…”(Seloka Hari Raya versi Ali)
“Amboi…kemain lagi nyanyi-nyanyi kau Li, siap gelek 360°. Tak
kerja ke? Jumaat kot “
“Listen…listen…listen. When I speak you listen”
“Hang baru nak cakap kot, bila masa...” (ayat Abu dipotong selaju
Jet Sukhoi oleh Ali)
“Listen.hehehe. Hari ni aku minta cuti dengan bos. Nak jumpa bakal
mertua, nak kenal-kenal, apa pak arab kata? Berta’aruf. Tu yang siap-siap
nie…Tak sabarnya nak jumpa si buah hati pengarang jantung”
“ Ah banyak buah hati jantung pisang kau. Sesuka-suki hang mintak
cuti, sat lagi kerja hang berlambak atas meja aku. Eh…ingat aku tak ada kerja
lain ke? Kucing, lembu, burung, ikan jaws pun kerja tau, kalau tak depa nak
makan apa??
“
“Ala, sabarlah Bu. Sehari je kot, ‘cover’lah. Esok aku
kerjalah..lalala “
“Iyelah tue, cantik baju. Mana hang rembat?”
“Aik…Siapa lagi dalam rumah nie, aku dengan kau je, semestinyalah
baju kau.hehehe…pinjam dulu ye, baju aku belum basuh.”
“Uish hang nie…memang terbaik punya ‘housemate’ la. Rasa nak
rendam je dalam tangki SYABAS belakang nie. Air dapat subsidi pun malas nak
basuh, macammana nak kahwin? Ingat bini hang bibik sepenuh masa ke?
Belajar-belajarlah urus diri tu, umur dah berangka-angka, nak suruh mok hang
datang buat ke?“
“Adui…mak aku tak ada kau pi ganti dia bebel pulak. Cool broe. Ada
masa nanti aku buatlah. Kalau kau nak tolong pun tak ada salah..kecil tapak
tangan, tudung saji aku tadahkan, kahkahkah….”
“Hah..! Gelak sakan. Hari ni hari Jumaat, hang jangan lupa pulak
pi masjid, aku tunggu kat masjid biasa. Hang tu ketegak sikit solat Jumaat nie,
alang-alang tak kerja nie rajin-rajinkan diri tu gerak awal. Jangan bagi alasan
hang solat rumah si Milah pulak, aku cepuk hang nanti. Pakai baju tue pun dah
elok, nak solat nie sunnah pakai cantik-cantik, wangi-wangi..”
“Yela,yela…okay,broe. Wa chow dulu. Kang tertunggu-tunggu si intan
paying aku. Ta..ta..”
“Dah tak reti-reti nak bagi salam, hang ingat aku tunggul ke? Assalamualaikum.”
“Hehe...sorry broe, Waalaikumussalam”
---------------------------------------------------------------------------------------------
* Ketika di masjid.
“Hai…Mana budak bertuah nie? Dah nak azan nie, tapak kaki pun tak
ada, susah betul nak nampak awal bila kerja, tak kerja pun sejibik, em..Ya
Allah, batulah ‘housemate’ hambaMu ini berubah sikapnya yang acuh tak acuh
dalam beribadah, semoga perubahannya dapat membimbing menjadikan dia imam yang
sempurna untuk memimpin keluarganya begitu juga diri hambaMu ini Ya Rabb,
amin..”
* 5 minit selepas itu azan pun berkumandang dan Ali pun
muncul dengan tercungap-cungap.
“Fuh…nasib baik sempat, eh..tu azan solat ke khutbah?”
“Baru nak khutbah, yang hang lambat nie awat? Hang buat apa?”
“La…aku singgah rumah dulu tukar baju, solat je kot, pakai
cantik-cantik nanti orang tengok lain pesen pulak, malu cek, hehe…”
“Banyak malu hang, dengan Allah tak malu pakai baju biasa-biasa,
nak jumpa orang pi siap cantik segala bagai, dah elok apa baju tadi tue, biaq
pi la orang nak kata yang penting Allah suka.”
“Eh..eh, dah lah. Imam dah nak ‘start’ tue. Meh kita masuk dulu.
Hang kalau dah ceramah boleh bagi khutbah jugak, jom.”
* Seusai solat Jumaat, Ali dan Abu duduk sebentar di pekarangan
masjid.
“ Li, aku nie bukan apa selalu dok bebel-bebel kat hang. Aku tahu
hang tak suka, siapalah suka kena teguq benda yang kita rasa okay tapi kita nie
sesama Muslim, Rasulullah Sallahualaiwasallam pun galakkan kita
menyampaikan ayat Allah walaupun sepotong. Mungkin dengan ayat yang tidak
banyak tue mampu mengubah seumur hidup kita, mana kita nak tahu. Aku dengan
hang dah 30 tahun hidup kat dunia nie, hang pun insyaAllah tak lama lagi nak
nikah, mampu ke dengan sepanjang 30 tahun nie kita menjadi Imam memimpin ahli
keluarga kita, yang paling penting nak bawa masuk ke Syurga...”
“ Pokok pangkal yang utama adalah solat, kalau solat kita
‘celup-celup’, hang rasa lepas ke kita kat Padang Mahsyar nanti? Ahli keuarga
kita yang lain? Emm…aku minta maaf Li kalau aku tegur kau selama nie tapi kot
aku pun buat benda yang sama. Manusia Li, memang tidak sempurna tapi yang
penting ada usaha nak berubah secara istiqamah, insyaAllah akan dipermudahkan.
Contoh tadi, aku mintak hang pakai baju tadi sebab kita nak jumpa Allah Li, walaupun
kita tak nampak Dia tapi Allah tu ada sentiasa. Hang teruja bila nak jumpa si
Milah, tapi yang menciptakan hang, aku, Milah..hang tak ‘excited’ pulak nak
jumpa. Pakai t-shirt cap Ayam dengan kain pelikat Gajah Berdiri je, apa
celop broe... :) “
“ Betul tu Bu. Aku rasa aku pun banyak ambil ringan bila bab-bab
agama nie walaupun aku 5 tahun kat sekolah agama tue. Keluar sekolah macam nie
pulak. Aku fikir bila kat sekolah tue kena baik macam Allah wujud kat situ,
Malaikat perhati selalu, habis sekolah aku lupa semua. Astaghfiruallahalazim.
Kesian mak ayah aku susah-susah hantar aku pergi sekolah mahal, ‘last-last’
acuannya nampak murah. “
“Terima kasih banyak Li. Selama duduk serumah dengan kau memang
jujurnya aku ‘annoyed’ gak dengan kau nie sebab mengalahkan ustaz aku dulu,
semua benda kau tegur tapi aku tahu, kau tegur sebab memang tanggungjawab kita
sebagai Muslim yang cintakan saudaranya, tak nak saudaranya susah di Akhirat
kelak. InsyaAllah, kalau boleh nak sama-sama dalam Syurga nanti. “
“InsyaAllah, amin Ya Rabb..,aku pun harap yang sama Li. Bukan
solat je kita kena ambil berat, ibadah-ibadah yang lainpun sama jugak. Allah
ciptakan kita bukan sia-sia. 30 :
1 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Berat tugas yang kita
pikul selama kita hidup, semoga mendatangkan hasilnya yang lumayan di Akhirat
nanti.”
“Baiklah pak ustaz Abu…hehehe. Sebenarnya aku lapar
nie..(merengek). Tolong masak balik nie.”
“Haish…hang pi rumah Milah makan angin je ke??”
“Hihihi…tengok dia pun aku dah kenyang. Tak adalah, aku makan kat
rumah dia tadi tapi terkejar-kejar nak pergi masjid nie tercepat pulak
pencernaan makanan aku tadi. Tolonglah Bu, engkaulah…….sahabat sejati,huuu”
“Sudah, sudah. Nak memekak kat rumah nanti. Tak pasal orang taman
tefon Tanjung Rambutan pulak, dah jom balik. Aku masak maggi je.”
p/s : Tak rugi bila diri tue sentiasa kemas, lawa, kacak…Allah
suka, saya pun suka :) cerita ini tak ada kena mengena dengan anda yang
sedang membaca atau sebaliknya, semoga bermanfaat. Dubai airport hotel
Wednesday, 6 February 2013
Tak Kenal Tapi Cinta │ this is life
When
you’re talking about love, what come first? (Knowing each other, I guess)
So,
how about love without knows first? (You will?)
Maybe
or maybe not.
Having
lunch with my collegues today and they said “ if people gonna married with the
one without know very well, dahsyat kan? “
Well
for me, it’s not so ‘dahsyat’, they might know each other but not very well (or maybe
not at all).
It depends on what you hold.
It depends on what you hold.
…………………………………………………………………………………………………………
Allah
and the Prophet himself, how the existence of love can be expressed to Him?
In
one verse, Allah tells believers: "Say: 'My prayer and my rites, my living
and my dying, are for Allah alone, the Lord of all the worlds.'" (Surat
al-An‘am: 162)
You
feel it but you not see it."Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".
Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.
Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang.
Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..
Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.
"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.
Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.
"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.
***
"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.
Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"
Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.
Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.
Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan.
Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpaparents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.
Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.
"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.
"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.
"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.
"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum,"soalanya kembali dengan lemah lembut.
"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?"bentakku.
"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.
Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.
"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.
"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah sedang dipermainkan.
Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.
"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.
"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice.I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.
Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.
Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.
"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.
Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.
"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.
Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.
"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.
"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.
"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"
"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.
Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."
Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.
"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh" ujarku terketar-ketar dalam tangisan.
Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.
"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.
"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.
Aku mengangguk tanda setuju. Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah!
Awak, Kenapa Kahwin Dengan Saya? | iluvislam.com discover the beauty of islam mygadgets
Subscribe to:
Posts (Atom)