Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Friday, 15 February 2013

Aku, Dia & Jumaat │ inspired by nature

Love yourself first, others will come later
Your beautiful…your beautiful
It’s true...
(James Blunt : Your Beautiful)


GOOD CHARACTER TRAITS DESCRIBED IN THE QUR'AN

In the Qur'an, Allah gives a detailed account of the behavior, superior morality, and state of mind unique to believers. The fear of Allah that believers harbor in their hearts, their unchallengeable faith and unflagging pursuit of Allah's good pleasure, the trust they place in Allah, as well as their commitment, zeal, reliability, and many similar superior qualities, are provided by the Qur'an. Moreover, in His Book Allah praises such moral qualities as justice, compassion, modesty, temperance, perseverance, submission to Him, and avoidance of worthless talk.

                                         The Concept of Cleanliness

Spiritual Purity
Physical Purity : "We gave him ... purity from Us" (Surat Maryam: 13).
Clean Clothes : “Purify your clothes. Shun all filth.” (Surat al-Muddaththir: 4-5) “Children of Adam! Wear fine clothing in every mosque...” (Surat al-A'raf: 31) “Someone asked: "How about a person who likes to wear beautiful clothes and shoes?" Allah's Messenger replied: "All of Allah's Affairs are Beautiful, and He likes beauty." (Muslim)
Keeping One's Environment Clean : And We located the position of the House for Ibrahim:  "Do not associate anything with Me, and purify My House for those who circle it and for those who stand and bow and prostrate." (Surah al-Hajj: 26)
Eating Clean Food : “Eat of the good things that We have provided for you…” (Surat al-Baqara: 57) “Mankind! Eat of what is good and lawful on earth. Do not follow in the footsteps of Satan, (for) he truly is an outright enemy to you.” (Surat al-Baqara: 168)


Harun Yahya (March,2003)


Allah itu indah dan Dia menyukai sesuatu yang indah… (SubhanaAllah)

Ketika ingin memulakan ibadah lazimnya ibadah solat, biasa tak kita periksa setiap dari apa yang kita pakai sebelum memulakan solat?

Baju yang diguna tu baru basuh ke, baju dah lama tersorok?

Telekung...rapi terlipat ke telekung penuh tahi lalat?

Haa…inilah selalu yang jarang-jarang sekali diambil berat.


…………………………………………………………………………………………………………....................…


“Indahnya sungguh di hari ini, ramainya orang menyanyi-nyanyi…”(Seloka Hari Raya versi Ali)


“Amboi…kemain lagi nyanyi-nyanyi kau Li, siap gelek 360°. Tak kerja ke? Jumaat kot “


“Listen…listen…listen. When I speak you listen”


“Hang baru nak cakap kot, bila masa...” (ayat Abu dipotong selaju Jet Sukhoi oleh Ali)


“Listen.hehehe. Hari ni aku minta cuti dengan bos. Nak jumpa bakal mertua, nak kenal-kenal, apa pak arab kata? Berta’aruf. Tu yang siap-siap nie…Tak sabarnya nak jumpa si buah hati pengarang jantung”


“ Ah banyak buah hati jantung pisang kau. Sesuka-suki hang mintak cuti, sat lagi kerja hang berlambak atas meja aku. Eh…ingat aku tak ada kerja lain ke? Kucing, lembu, burung, ikan jaws pun kerja tau, kalau tak depa nak makan apa??
 “

“Ala, sabarlah Bu. Sehari je kot, ‘cover’lah. Esok aku kerjalah..lalala “


“Iyelah tue, cantik baju. Mana hang rembat?”


“Aik…Siapa lagi dalam rumah nie, aku dengan kau je, semestinyalah baju kau.hehehe…pinjam dulu ye, baju aku belum basuh.”


“Uish hang nie…memang terbaik punya ‘housemate’ la. Rasa nak  rendam je dalam tangki SYABAS belakang nie. Air dapat subsidi pun malas nak basuh, macammana nak kahwin? Ingat bini hang bibik sepenuh masa ke? Belajar-belajarlah urus diri tu, umur dah berangka-angka, nak suruh mok hang datang buat ke?“


“Adui…mak aku tak ada kau pi ganti dia bebel pulak. Cool broe. Ada masa nanti aku buatlah. Kalau kau nak tolong pun tak ada salah..kecil tapak tangan, tudung saji aku tadahkan, kahkahkah….”


“Hah..! Gelak sakan. Hari ni hari Jumaat, hang jangan lupa pulak pi masjid, aku tunggu kat masjid biasa. Hang tu ketegak sikit solat Jumaat nie, alang-alang tak kerja nie rajin-rajinkan diri tu gerak awal. Jangan bagi alasan hang solat rumah si Milah pulak, aku cepuk hang nanti. Pakai baju tue pun dah elok, nak solat nie sunnah pakai cantik-cantik, wangi-wangi..”


“Yela,yela…okay,broe. Wa chow dulu. Kang tertunggu-tunggu si intan paying aku. Ta..ta..”


“Dah tak reti-reti nak bagi salam, hang ingat aku tunggul ke? Assalamualaikum.”


“Hehe...sorry broe, Waalaikumussalam”


---------------------------------------------------------------------------------------------

* Ketika di masjid.

“Hai…Mana budak bertuah nie? Dah nak azan nie, tapak kaki pun tak ada, susah betul nak nampak awal bila kerja, tak kerja pun sejibik, em..Ya Allah, batulah ‘housemate’ hambaMu ini berubah sikapnya yang acuh tak acuh dalam beribadah, semoga perubahannya dapat membimbing menjadikan dia imam yang sempurna untuk memimpin keluarganya begitu juga diri hambaMu ini Ya Rabb, amin..”


*  5 minit selepas itu azan pun berkumandang dan Ali pun muncul dengan tercungap-cungap.


“Fuh…nasib baik sempat, eh..tu azan solat ke khutbah?”


“Baru nak khutbah, yang hang lambat nie awat? Hang buat apa?”


“La…aku singgah rumah dulu tukar baju, solat je kot, pakai cantik-cantik nanti orang tengok lain pesen pulak, malu cek, hehe…”


“Banyak malu hang, dengan Allah tak malu pakai baju biasa-biasa, nak jumpa orang pi siap cantik segala bagai, dah elok apa baju tadi tue, biaq pi la orang nak kata yang penting Allah suka.”


“Eh..eh, dah lah. Imam dah nak ‘start’ tue. Meh kita masuk dulu. Hang kalau dah ceramah boleh bagi khutbah jugak, jom.”


* Seusai solat Jumaat, Ali dan Abu duduk sebentar di pekarangan masjid.


“ Li, aku nie bukan apa selalu dok bebel-bebel kat hang. Aku tahu hang tak suka, siapalah suka kena teguq benda yang kita rasa okay tapi kita nie sesama Muslim, Rasulullah Sallahualaiwasallam pun galakkan kita  menyampaikan ayat Allah walaupun sepotong. Mungkin dengan ayat yang tidak banyak tue mampu mengubah seumur hidup kita, mana kita nak tahu. Aku dengan hang dah 30 tahun hidup kat dunia nie, hang pun insyaAllah tak lama lagi nak nikah, mampu ke dengan sepanjang 30 tahun nie kita menjadi Imam memimpin ahli keluarga kita, yang paling penting nak bawa masuk ke Syurga...”


“ Pokok pangkal yang utama adalah solat, kalau solat kita ‘celup-celup’, hang rasa lepas ke kita kat Padang Mahsyar nanti? Ahli keuarga kita yang lain? Emm…aku minta maaf Li kalau aku tegur kau selama nie tapi kot aku pun buat benda yang sama. Manusia Li, memang tidak sempurna tapi yang penting ada usaha nak berubah secara istiqamah, insyaAllah akan dipermudahkan. Contoh tadi, aku mintak hang pakai baju tadi sebab kita nak jumpa Allah Li, walaupun kita tak nampak Dia tapi Allah tu ada sentiasa. Hang teruja bila nak jumpa si Milah, tapi yang menciptakan hang, aku, Milah..hang tak ‘excited’ pulak nak jumpa. Pakai t-shirt cap Ayam dengan kain pelikat Gajah Berdiri  je, apa celop broe... :) 


“ Betul tu Bu. Aku rasa aku pun banyak ambil ringan bila bab-bab agama nie walaupun aku 5 tahun kat sekolah agama tue. Keluar sekolah macam nie pulak. Aku fikir bila kat sekolah tue kena baik macam Allah wujud kat situ, Malaikat perhati selalu, habis sekolah aku lupa semua. Astaghfiruallahalazim. Kesian mak ayah aku susah-susah hantar aku pergi sekolah mahal, ‘last-last’ acuannya nampak murah. “


“Terima kasih banyak Li. Selama duduk serumah dengan kau memang jujurnya aku ‘annoyed’ gak dengan kau nie sebab mengalahkan ustaz aku dulu, semua benda kau tegur tapi aku tahu, kau tegur sebab memang tanggungjawab kita sebagai Muslim yang cintakan saudaranya, tak nak saudaranya susah di Akhirat kelak. InsyaAllah, kalau boleh nak sama-sama dalam Syurga nanti. “


“InsyaAllah, amin Ya Rabb..,aku pun harap yang sama Li. Bukan solat je kita kena ambil berat, ibadah-ibadah yang lainpun sama jugak. Allah ciptakan kita bukan sia-sia. 30 : 1 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Berat tugas yang kita pikul selama kita hidup, semoga mendatangkan hasilnya yang lumayan di Akhirat nanti.”


“Baiklah pak ustaz Abu…hehehe. Sebenarnya aku lapar nie..(merengek). Tolong masak balik nie.”


“Haish…hang pi rumah Milah makan angin je ke??”


“Hihihi…tengok dia pun aku dah kenyang. Tak adalah, aku makan kat rumah dia tadi tapi terkejar-kejar nak pergi masjid nie tercepat pulak pencernaan makanan aku tadi. Tolonglah Bu, engkaulah…….sahabat sejati,huuu”


“Sudah, sudah. Nak memekak kat rumah nanti. Tak pasal orang taman tefon Tanjung Rambutan pulak, dah jom balik. Aku masak maggi je.”


p/s : Tak rugi bila diri tue sentiasa kemas, lawa, kacak…Allah suka, saya pun suka :) cerita ini tak ada kena mengena dengan anda yang sedang membaca atau sebaliknya, semoga bermanfaat. Dubai airport hotel

No comments:

Post a Comment