Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Saturday 15 February 2014

Tabah Hadapi Musibah

Peace be upon you, you and yes..you J
Praise to be Allah for all of His giving in this living, we’re being given another chances to be His servants, to achieved what should be we be in this Dunya and for the rest of our life in Akhirat, Allah’s will.

Kenapa kita mendapat musibah?
Macammana nak tabah bila dapat susah?
Orang lain hanya pandang mudah?
Allah tidak ambil endah?

Bertubi-tubi soalan melingkari pemikiran apabila emotional menolak si rational. Mana tidaknya, sering saja menganggap ujian yang diberi tu sebagai bebanan yang menghempap secara tiba-tiba seakan tidak dapat bangun semula. Bukan itu semata, jika tiada pertolongan yang diberi, sanggup sahaja melakukan apa sahaja perkara yang seakan tiada jalan lain lagi yang mampu dilakukan, mesti sahaja kerja-kerja yang mengikut ke jalan kesesatan menjadi pilihan.

Bukan itu sebab utamanya ujian, musibah, mehnah ini diberikan kepada diri anda. Cuba saja jika diri ini selalu saja rasa gembira, lapang, mudah, semacam robot yang sudah diprogramkan untuk menghindar rasa resah, gelisah, susah. Bosan tak?

So, never lose hope on Allah because the journey of life can be like a roller coaster. We often experience extreme conditions which create despondency and hopelessness. The Messenger of Allah (peace be upon him) is reported to have said: “Verily, if Allah loves a people, He makes them go through trials. Whoever is satisfied, for him is contentment, and whoever is angry upon him is wrath.” (Hadith-Tirmidhi)

Allah says “…Bear with patience whatever befalls you….” (Qur’an 31:17) and “Be not sad, surely Allah is with us.” (Qur’an 9:40)

It is easy to get discouraged when things are going badly. But we shouldn’t lose heart, because Allah is at work in our lives, even in the midst of pain and suffering.  Allah Ta’ala says “Verily, with hardship there is relief” (Qur’an 94:6) and “And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him”. ( Qur’an 65:3)

'Certainly no one despairs of Allah's Mercy, except the people who disbelieve. ' (12: 87)
'[...] When the Messengers gave up hope and thought that they were rejected (by their communities), Our help came to them...' (Qur'an 12: 110)
'And you were harboring doubts about Allah. There, the believers were tried and shaken with a mighty shaking.' (33: 10-11)

Bersama sahabat-sahabat organisasi Politeknik Merlimau,Melaka (Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, Sekreteriat Pusat Islam & Pembimbing Rakan Siswa Politeknik) ke Bukit Rangin, Kuantan Pahang pada 21 Disember 2013 lalu untuk menziarahi mereka yang dikatakan mengalami kekurangan bekalan makanan kerana jalanraya yang dinaiki air menyebabkan pihak yang membantu sukar membawa bekalan untuk melepasi paras air tersebut.

Pengalaman membantu mangsa banjir pertama kalinya amat mengujakan hati kerana Allah merakamkan dalam Al-Quran : 'Dan kami selamatkan dia dari kesusahan yang. Dan dengan itu kita akan selamatkan orang yang beriman.' (21: 88), insyaAllah J




Selesai solat Subuh dan bersarapan di sekitar  Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, saya singgah sebentar di sebuah kedai kecil yang berhampiran. Bekalan di kedai tersebut dilihat masih sedikit dan persekitarannya juga masih berair. Membeli sedikit ‘cumil2’ untuk dikunyah didalam bas, saya bertanya kepada pak cik yang menjaga kedai tersebut.

‘Macammana keadaan banjir awal2 haritu pak cik?’ (dah serupa reporter)
‘Masa tu kalau orang yang tinggi macam adik nie, memang tenggelam gamaknya..hehe’
‘Ya ke pak cik, habis orang ramai ke mana?’
‘Ramai yang pindah ke pusat perlindungan tapi ada 1 haritu pak cik terkejut, ada sorang budak nie naik sampan, dia datang kedai nak mintak makan, pak cik memang tak da apa dah masa tu, jajan2 tu jela yang pak cik boleh bagi..hampir 3 hari juga dia ke sini sebab terputus bekalan 2 minggu lepas bukan orang buat cerita, sekarang nie Alhamdulillah ada bekalan sikit.’

Meneruskan perjalanan ke destinasi utama, sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kami semua dapat melihat rumah-rumah di tepi jalan semuanya seakan baru lepas mengalami tsunami, subhanaAllah. Rumah, kereta sambung bayar, pakaian, perabot semuanya tersadai berlumut lumpur.

Setibanya di kawasan yang menjadi sasaran misi sukarelawan, mulut seakan terkunci, air mata deras mengalir, diri menginsafi…



Sekitarnya sunyi dan kemudahan yang digunakan untuk aktiviti harian jelas sekali tidak dapat digunakan lagi. Harus bagaimanakah anak-anak kecil ini untuk survive di kemudian hari?
Bersyukur...anda, saya dan yang lain tidak mengalami musibah yang sama. Untuk beberapa jam sahaja nikmat air hujan yang turun, mengambil semula nikmat yang Allah pinjamkan sementara.

Sukarelawan mula mengambil tugas masing-masing. Dibahagikan mengikut kumpulan dan mula berpecah ke tempat-tempat yang telah ditetapkan. Sempat juga diberikan sedikit halwa telinga daripada pemilik maahad, Ustaz Zamroni B.Husaini. Mereka sangat kuat, walaupun kurang mendapat bantuan semasa pembangunan maahad ini namun ustaz ini tidak mengalah, niatnya untuk anak-anak kecil ini mendapatkan pengajian agama takkan pernah luntur.  


Terdapat kumpulan yang akan membersihkan persekitaran maahad, mengedarkan bantuan pakaian, makanan ke kawasan-kawasan yang terpilih dan sesi kaunselor bersama anak-anak didik di maahad ini. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar pada hari tersebut.







Nenek ini turut mengalami bah terbesar ini. Dia mempunyai sebuah kedai makan (lebih kepada sup) di tepi highway Bukit Rangin ini. I'm gonna be like her too but 40 years from now, insyaAllah and she's cute right J Tenang sahaja melihat dirinya yang tabah menghadapi musibah ini pada usianya sebegitu. Semoga perniagaannya selepas ini akan lebih dimurahkan rezeki, amin..



Pokok jambu ini menjadi teduhan para sukarelawan berehat dan menikmati isi buah ini walaupun hampir berminggu-minggu ditenggelami banjir, rasanya masih boleh tahan cuma agak kelat sedikit. Dan paling mengujakan kami, buahnya sangat lebat seakan gembira menyambut kehadiran kami serta pihak-pihak lain yang datang membantu, insyaAllah...





Tiba masa kami mengundurkan diri, suasana suram menyelubungi hari yang kelam. Saya sempat berbual bersama seorang anak kecil lelaki disitu tapi terlupa apa nama dia..Comel sbb kulit dia yang hitam manis dan bila senyum tu tenang je rasanya..
J
'Adik, mak ayah ada lagi?'
'Mak ayah ada tapi bercerai. Emak tak mampu jaga sebab tu hantar sini.'
'Adik beradik lain ada?'
'Ada, emak jaga.'
'Rindu mak ayah tak?'
' :)' (dia senyum malu tanpa menjawab)
'Nah akak bagi payung, ini je yang mampu sebab tak sempat nak beli apa-apa'
'Terima kasih kak, datang lagi nanti.'
'InsyaAllah..belajar dengan ikhlas dan perlu berjaya, nanti boleh masuk politeknik macam abang kakak nie..ok?'
Semoga dia dan anak-anak kecil itu dilindungi Allah. Rindu nak tengok dia senyum malu2 tu lagi, insyaAllah.


Tapi itu tidak lama...


Kami dikejutkan dengan berita yang amat memilukan hati yang jauh disini. Berita Harian Metro, 14 Februari 2014 kelmarin melaporkan Maahad Tahfiz Muhammadi ini mengalami kebakaran yang telah menghanguskan maahad tersebut hampir keseluruhannya.





SubhanaAllah...baru sahaja ingin pulih dari pedih. Namun ketentuan Allah itu sudah tertulis, segala salah sangka perlu ditepis. Pihak pengurusan PMM telah maklum akan hal ini dan akan menjalankan derma kilat bagi membantu pihak maahad, insyaAllah. Sama-sama kita doakan agar urusan ini dipermudahkan supaya saudara kita ini mampu dibantu untuk meneruskan dakwah di jalan Allah.

Ingat lagi pokok jambu yang menjadi teduhan kami? SubhanaAllah..pokok itu kuat jika dilihat pada gambar itu, semoga sekuatnya iman pada diri warga Maahad Tahfiz Muhammadi.


Remember, next time your little hut is burning to the ground, it just may be a smoke signal that summons The Grace and help of Allah!

The message in the Quran is 'Do not be sad and Never lose hope of Allah's mercy'.
Allahuakbar!!!


#Credit to Nurul Syimaa Zakaria for those pictures in Pahang. Jazakallah khay ukhti J