Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Thursday 28 March 2013

Overview Jubah Wanita | Jenis : Cotton & Chiffon bergetah

Baiklah...seperti yang dinyatakan dalam post ini sebelum ini, insyaAllah di sini saya akan meletakkan 2 gambar untuk jubah tersebut.

Modelnya masih belum bersedia...(huhu..lamanya 'artis' tue), insyaAllah gambar yang seterusnya akan di upload tidak lama lagi.

Harga yang dinyatakan masih lagi sama iaitu RM60 tetapi tidak termasuk kos penghantaran (surcharge bergantung pada kawasan anda). Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah tegur saya di fb atau twitter. Tegur, jangan tak tegur :p

Ok lah...tadaa, sila lihat gambar di bawah :)

Ini Jubah Cotton Viscose, insyaAllah sangat labuh dan tidak jarang. Ada kocek di sebelah kiri :)

Yang ini pula Jubah Chiffon jenis bergetah, tiada lining di dalamnya dan agak jarang jadi sila pakai inner ya girlss. Kain tidak menyerap tetapi tidak panas. online shopping

Wednesday 27 March 2013

InsyaAllah | coming soon :)

Assalamualaikum, peace be upon you :)

Dah jawab? 

Ting..!! 1 point have been rewarded to you by Allah S.W.T, insyaAllah.

See...just said the salaam broe& sis, doesn't have to do something big on it. We start with the small one and continue (istiqamah) on it, insyaAllah.

Why is it so many words of  'insyaAllah' you used?

Oh really..? -.-''

Today I'm not going to get further on it but just for your information.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harith dan 'Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua orang ini adalah bagaimana kisah Ashabul Kahfi?, Bagaimana kisah Dzulqarnain?, Dan Apa yang dimaksudkan dengan Ruh?.

Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu, "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab." Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.

Sedangkan orang Quraisy setiap hari selalu menagih janji kepada Rasulullah saw dan berkata "Mana ceritanya? Besok .. besok .. besok .." Ketika itu Rasulullah saw sangat bersedih. Akhirnya Allah menurunkan wahyu surah Al-Kahfi yang mengandungi jawapan kedua-dua soalan pertama, soalan ketiga berada dalam surah Al-Israa ayat 85.Dubai airport hotels

Allah berfirman pada akhir surat Al-Kahfii:

"Janganlah kamu sekali-kali mengatakan, 'Sesungguhnya saya akan melakukan hal ini esok,' kecuali dengan mengatakan Insya Allah." (Surah al-Kahfi :23-24)

 

Alhamdulillah untuk tahun 2013 banyak memberi peluang-peluang baru kepada saya terutamanya dalam bidang yang diceburi kini.

InsyaAllah saya akan kongsikan bersama sedikit sebanyak perancangan ini agar sama-sama bermanfaat :)

ON MY LIST ---<@

#1 : Bagi mereka yang minat memakai jubah (bagi wanita sahaja), insyaAllah saya kini sedang menjual Jubah Viscose & Jubah Shiffon yang pada masa kini saya menetapkan harganya hanya RM60 dan tidak termasuk kos penghantaran. (Murahnya...) Ok..sila kecilkan semula mata anda. Jika terdapat sebarang perubahan harga akan saya 'update' lagi. Terdapat saiz 38 hingga 50. Gambar jubah tersebut akan saya 'upload' insyaAllah jika modelnya sudah bersedia :) Jika anda berminat sila komen dibawah atau tegur-tegurlah di fb/tweet untuk maklumat lanjut, insyaAllah saya akan memberi respon dengan kadar segera.

#2 : Adakah kita berkongsi minat yang sama dengan memakai tudung Rozello/Akel (bidang 50/60)?? Siapa kata pakai tudung bidang besar nie x boleh nak 'style'? Habaq chek dulu.. Ok, ada yang bertanya saya bagaimana untuk memakai tudung sebegini yang mudah & selesa. InsyaAllah, saya sebenarnya memang tidak reti memakai tudung yang agak licin sebab bukan senang lipat di tepi, bagi orang yang sudah biasa memang nampak mudah. Satu hari tue saya terfikir, tak perlu lipat boleh ke? (gerenti serabut..) Jadi saya pun cuba & Alhamdulillah it's work. Bagaimana? Nantikan video tutorial saya, insyaAllah.

#3 : Bila berjauhan dari tempat asal, macam-macam orang yang kita akan jumpa. InsyaAllah semoga menjadi pengalaman terindah. Semenjak berada di bumi Metropolitan seawal Disember 2012, ramai orang yang saya kenal dari latarbelakang yang berbeza dan pelbagai ilmu jugalah diperolehi dari mereka. Antaranya yang bakal dikongsikan disini ialah resepi masakan. Resepi apa, dari mana, bagaimana? Haa...itu semua akan saya 'post' kemudian, insyaAllah.

Ok readers, that's all for this post, insyaAllah...May Allah bless us always on the great job we do for Him.

Peace yo v(^.^)v  Assalamualaikum...

Thursday 21 March 2013

Baik itu Pelik?

"Orang baik selalunya meninggal awal..."

Begitulah kebiasaannya kata-kata yang diucapkan apabila perginya seseorang yang amat berat sekali untuk dipercayai kehilangannya. Namun kuasa Allah itu tidak pernah diduga, mungkin sebentar lagi akan ada diantara kita atau yang sedang menaip ini akan jua dipanggil Yang Maha Kuasa, innalillah...

Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan disini bukanlah persoalan samada orang baik meninggal cepat atau sebaliknya tetapi untuk menjadi baik, senang ke?

B A I K :)

J A H A T :(

eh..betul ke macam nie?

InsyaAllah sekadar perkongsian, cuba kita renungkan dan menyelam bermeter-meter dalamnya dengan ayat Allah ini.

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Ada yang mengatakan bila nak jadi baik nie mesti 100% berubah. Kalau dulu culas sangat nak solat, bila berubah baik, azan baru mula 'Allah...' mesti terus ligat. Bila mengaji rasa mengantuk, tapi bila berubah mesti nak khatam berjuzuk-juzuk.

Baguslah jika ada kemampuan begitu tapi mereka yang belum pernah terdedah untuk berubah secara drastik, agak payah. Namun hakikatnya setiap dari kita perlu menanamkan jauh di lubuk hati yang suci dan murni ini untuk terus berubah baik dan lebih baik hari demi hari walaupun persekitaran tidak pernah mengizin.

Baik :) Ada sedikit tips yang ingin diberi untuk kita berubah dan seterusnya istiqamah dalam perubahan. (Jika tidak berhasil jangan marah ya, sekadar berkongsi)

#1 : Tanya diri kenapa perlu berubah. (Cakap depan cermin,tanya keluarga/rakan,tulis kat kertas,rakam video? terpulanglah..tapi niat kerana Allah itu lebih utama)

#2 : Mulakan dengan perubahan yang amat mudah. (Cuba untuk solat di awal waktu,menutup aurat,mula cari kawan yang baik,3S*senyum,salam,sapa)

#3 : Menjaga adab-adab. (Pertuturan,perlakuan,perbuatan)

#4 : Tidak membuang masa. (Membaca tafsir,buku-buku ulama'/penulis,riadah,pergi majlis ilmu,tolong ahli keluarga,menyertai aktiviti amal)

#5 : Jangan pernah putus asa. ("La Tahzan, innaAllaha ma'ana..Janganlah kamu berduka cita,sesungguhnya Allah bersama kita" QS 9 :40, walau apa halangan/cabaran itu tandanya kasih&sayang Allah kepada hamba2Nya,teruskan usaha insyaAllah berjaya)

Memang bertuah sekali jika dari kecil sehingga kini tidak muat lagi baju-baju lama, diri jarang sekali melakukan sebarang bentuk kejahatan,kedustaan. Dan sebenarnya tidak mungkin wujud manusia sebegitu hari ini melainkan yang Ma'sum Rasulullah Sallahualaihiwasaalam. 

Walaupun telah disucikan hatinya, terpelihara daripada maksiat, terjaga tutur kata, elok budi pekertinya, namun mengapa masih Kekasih Allah ini solat sehingga memperlihatkan lebam pada kakinya.
Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari)

SubhanaAllah...

Dosa yang lalu dimohon ampun, dosa yang kini dihilang jauh, dosa yang kemudian diharap terkubur.

Apakah diri kita begini? 

Nauzubillah, rasa hina dan tidak bermakna untuk digandingkan bersamamu wahai Kekasih Allah. Umat mu kini banyak jauh terpesong ke lohong tersorok. Semoga syafaat mu akan terus mekar dibumi Allah, amin...
You are what you read,you are what you eat
c.c picture from : kartunis Nik Wafdi

Monday 11 March 2013

Ustazah...ke Aisyah?

Assalamualaikum...sawaddi kha, nie how ma?


Alhamdulillah, syukur kepada Maha Pencipta Allah Azzawajalla di atas kurniaan nikmat hidup sehingga ke saat ini & junjungan besar Rasulullah Sallahualaihiwasallam pada Islam yang diajarkan sehingga ke hari ini.

Testing bahasa Thailand sebab jiran sebelah dari Bangkok, MasyaAllah...seorang yang sangat peramah & seakan-akan sudah lama mengenali diri mereka, semoga ukhwah ini terjalin sehingga ke syurga Allah, amin...

Tajuk kali ini agak tipikal tapi jangan terlalu skeptikal, insyaAllah akan cuba dijelaskan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian daripada Ustaz Pahrol Md Juoi (beliau sendiri enggan dikenali sebagai Ustaz,kenapa? baca seterusnya...)

Perubahan ke arah bertudung labuh daripada biasa adalah pilihan sendiri semenjak Tingkatan 5. Menyedari betapa bertudung labuh ini seakan-akan menjadi satu keistimewaan yang hanya dapat dirasai selepas anda memilikinya, pelindung terutamanya.

Tetapi......

Bukan bererti mereka-mereka yang bertudung labuh itu adalah seorang USTAZAH.

Tidaklah saya menafikan mereka yang bertudung labuh tidak boleh dipanggil ustazah (insyaAllah..moga menjadi doa) namun kadang-kala kita harus jelas siapa yang selayaknya dipanggil dengan gelaran tersebut.

Teringat semasa satu program diadakan di hadapan IPT tempat saya belajar, sedang asyik membelek-belek buku, terjumpa satu buku yang saya berkenan dan terus membuat pembayaran. Ditemani bersama rakan sekelas, penjual itu bertanya, " kenapa panggil dia ustazah (saya)? "
Agak sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh rakan, "sebab dia pakai tudung labuh.." (seingat hanya tudung biasa sahaja cuma saya leraikan ke bawah).

Melalui buku 'Beduk Diketuk' karya Pahrol Mohd Juoi ini ada terselit 1 tajuk 'Encik atau Ustaz' yang dimana  ada seseorang bertanya kepada dirinya samada ingin dipanggil Encik atau Ustaz.

Namun beliau hanya senang dipanggil apa-apa sahaja tetapi dilihat pelik kerana seseorang yang mempunyai pengalaman berbicara akan soal agama mestilah dipanggil ustaz dan mereka yang petah berbicara hal-hal selainnya, enciklah yang layak digelar.

Waahh...mestikah langit kelihatan cerah walaupun ada tanda-tanda hujan akan turun beberapa saat nanti?

Kembali kepada fikrah hidup diciptakan manusia itu di atas muka bumi ini.

Benar, KHALIFAH. Petrol price malaysia

Tugas menyampaikan ilmu itu tidak lagi tergantung pada bahu ustaz,ustazah. Seorang doktor,jurutera,pereka hiasan dalaman,tukang masak...juga tidak terkecuali.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
   
   

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Behold, thy Lord said to the angels: "I will create a vicegerent on earth." They said: "Wilt Thou place therein one who will make mischief therein and shed blood?- whilst we do celebrate Thy praises and glorify Thy holy (name)?" He said: "I know what ye know not."


InsyaAllah, sekadar perkongsian yang diharapkan tidak menjadi kontroversi seperti perebutan Lahad Datu kini (Al-Fatihah kepada perjuangan mereka).

Semoga hari demi hari diri kita akan menjadi lebih mantap imannya, kukuh agama Islamnya dan indah pada peribadinya, insyaAllah :)