Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Tuesday 11 December 2012

Kejayaan DUNIAWI ke UKHRAWI? ツ

Alhamdulillahhirabbilalamin, LailahailaAllah Muhammadur Rasulullah ♥♥♥

Segala puji-pujian hanya pada yang Maha Pencipta, memberikan nikmat kepada sekalian alamNya serta junjungan besar kepada Kekasih Ilahi Rasulullah Sallahualaihiwassalam.

Bila menanti sesuatu yang ditunggu sekian lama, mesti ada debaran yang luar biasa daripada biasa. Macam tunggu keputusan peperiksaan, keputusan untuk sambung belajar atau kerja dan sebaliknya. Penantian akan berakhir bila jawapan mula diketahui…

Ada cerita, tentang sesuatu yang diperolehi untuk sesuatu perkara.

Bila mendapat sesuatu yang lama diimpikan, dihajatkan…diri mesti rasa gembira, mula rasa berbunga-bunga, segala cerita duka hilang sekelip mata, (Alhamdulillah itu apa yang dirasa sekarang…)

Namun, jika kita tidak memperolehi apa yang kita dambakan selama ini, pasti gelisah melanda, resah entah ke mana,  kecewa meruntun jiwa…

InsyaAllah, itu semua apa yang Allah Azzawajalla telah tetapkan di Luh Mahfuz , sebelum kita diciptakan lagi. Allah telah menentukan takdir yang terbaik bagi setiap hamba-hambaNya. Usaha yang berterusan, doa yang tidak pernah putus dan tawakkal dalam tawaddu’, itu yang utama untuk menentukan setiap keputusan hidup, insyaAllah.

Agak terkesan bila ada yang menilai seseorang berdasarkan pencapaian yang diperolehi semata. Tidak salah menilai berdasarkan pencapaian namun perlu dilihat juga usaha yang dilakukannya. Mungkin usahanya telah banyak namun masih belum mencapai keputusan yang baik, ada juga yang usahanya sedikit namun pencapaiannya amat terbaik. Itu semua ujian Allah untuk mengukur tahap syukur bagi yang berfikir.

Cemerlang di dunia belum menentukan cemerlangnya anda diakhirat kelak. Jadi, perlu seimbang kedua-duanya, duniawi dan ukhrawi J

“Sesiapa yang mencari ilmu yang sepatutnya diperolehi untuk mendapat redha Allah, tetapi mempelajarinya untuk tujuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat” (Riwayat Abu Daud)

Kita bagaimana? Mencari dan mendapatkan sesuatu untuk redha Allah semata atau redha manusia? Betulkah niat kita selama ini untuk belajar, bekerja dan sebagainya? 

Tanya diri, selami hati, insyaAllah temui jawapan yang pasti…

INGAT !!!  ‘Pointer’ yang diperolehi  bukan pengukur kejayaan semata, kenaikan pangkat bukanlah untuk selamanya, asalkan kembali kepada fitrah hidup sebagai HAMBA dan KHALIFAH, insyaAllah segalanya dapat diatasi tanpa rasa sangsi. langit langi hotel


Dimana ada kemahuan, insyaAllah disitu ada jalan

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
            Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

Saturday 8 December 2012

Islam & Melayu │ story by ☺

Petang itu, untuk sekian lamanya tidak keluar dari asrama disebabkan kekangan waktu oleh lambakan ‘assignmnet’, aku bercadang dengan Mira untuk ke kedai baru dihadapan IPT ini. Tak sangka kedai yang ada ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, banyak yang sudah beroperasi. Kewujudan IPT ini membantu meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat sekeliling dengan adanya kedai-kedai baru ini termasuklah ‘Café Secret Recipes’ yang saban hari dikunjungi mahasiswa dan mahasiswi.
Chewah..berfalsafah ekonomi nampaknya (blushing)..

“ Kak Mai, pergi kedai baju tu sat nak, Nampak cantiklah kedainya”

“ Kedai yang cantik ke baju dia Cik Mira oi..”

“Ala akak nie…tak kisahlah kedai ke,baju ke, jalan tu cepatlah sikit….” (merengek)

“Kalau ye pun bawa bersabau ye, akak awok ni belum sembuh lagi nak laju-laju macam Ferrari” (merajuk)

“Oh..hehe,maaf-maaf Tuan Puteri Humaira, ok perlahan sikit jalan,kang hospital lagi nampaknya”

Kedai **  nampak biasa je di dalamnya, daripada luar memang menarik. Betullah, don’t judge the book by it’s cover. Ada 2 orang jurujual, berbangsa India, seorang juruwang berbangsa Cina dan kami pelanggan berbangsa Melayu, dah memang  1Malaysia...Mira dok sibuk pilih seluar sukan, aku cuma tengok-tengok sekeliling tapi berkenan dengan 1 ‘blouse’ ni. Dan disinilah bermulanya….

“Mira tengok sat, cantik tak baju ni?”

“Tak cantiklah kak, tak sesuai dengan umur akak. Nampak besar pulak tu, akak tu comel…”

“Eh ya  ke, akak rasa ok je..xie xie cakap akak comel, hihi.. Jap,akak nak minta jurujual tu ambilkan sat baju ni, letak tinggi-tinggi pulak, tahu-tahu je aku nie rendang.. Miss, boleh tengok baju nie?”

“Ok, sekejap ya..”

“Emm..besar sikit tapi boleh ‘modify’ lagi nie” (aku cakap senyap-senyap)

“Miss, you rasa ok ke? I tengok ini baju untuk you besarlah, you memang pakai besar-besar ke?”

“Oh, ha’ah. I biasa ambil saiz memang besar sikit, kalau tak ok nanti mama I tolong ‘repair’ lagi..” (blushing)

“I tanya you jangan marah ya. I tengok you ni,you memang kuat sembahyang ke? You selalu pakai macam ini tak panas ke?“

(tersentak dan senyum)
“Em…insyaAllah, I memang sudah biasa pakai macam ini. I kalau keluar memang pakai macam ini, ini Tuhan (Allah) saya suruh pakai untuk jaga diri kami”

“Oh ya ke…Miss, I tengok jiran I, itu orang Melayu tapi I tak pernah nampak itu orang pergi sembahyang. Dia pun tak pakai baju macam you pakai, pakai biasa-biasa saja, itu macam boleh ke?”

“Sebenarnya, ini semua bergantung kepada kefahaman agama masing-masing. Majoriti orang Melayu di Malaysia memang beragama Islam tapi sejauh mana mereka memahami agama ini bergantung kepada individu tersebut. Mungkin jiran you belum memahami sepenuhnya agama Islam kerana agama ini bukan boleh kita faham 1 hari, ia memerlukan banyak masa. Ada Melayu yang tahu mereka beragama Islam tapi mereka tidak sedar mereka  beragama Islam. Tahu dengan sedar berbeza. Kalau tahu macam tahu kita ni beragama Islam pada kad pengenalan tapi kalau sedar pasti kita mengamalkan agama pada kad pengenalan itu. Islam dan Melayu adalah cara hidup tapi kedua-duanya sangat kontra. Contohnya sebelum dan selepas makan,sebelum dan selepas tidur dan sebagainya kami agama Islam ada doa untuk dibaca diiringi dengan adab-adab yang betul. Melayu pula lebih kepada budayanya,warisan nenek moyang. After all,agama sebenarnya melengkapi segalanya dengan syarat,mestilah diamalkan,insyaAllah.. WaAllahualam.”

“Ok, thank you miss. Sorry I tanya you macam ini”

“It’s ok, you sudah tanya, mana I boleh jawab I cuba” (SubhanaAllah…)

“Cik Humaira, no kad matrik 14DPR10F2027, tolong cepat sikit, Mira dah siap bungkus nie” (merajuk gedik)

“Iya, ya Miss Mira. Tak payah nak promote no kad matrik tu sangat ya, jom pi makan kat Tok Abah”

“Allright, belanja ya kakak yang comel” (mata bersinar-sinar)

“Baiklah adik yang kuat merajuk..”

Alhamdulillah, masih ada lagi mereka yang prihatin walaupun berlainan agama, semoga Allah memberikan hidayah kepada hamba-hambanNya termasuklah akak jurujual tu, insyaAllah.
- - - ☺♥
Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat...