Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Tuesday 30 April 2013

Remaja Anti Masjid?

Assalamualaikum and hye there bloggers and readers :)
Alhamdulillah for today and it seems to be a long time I didn't update this blog, uhukk..uhuk(batuk bersawang)

Tajuk di atas rasa-rasanya sudah ramai dikupas oleh ahli agamawan, penulis-penulis atau sesiapa sahaja yang sedar akan masalah ini. Namun disini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman, dan memberikan sedikit pandangan atau pendapat agar maslahat ini bisa dikurangkan, insyaAllah...

Alhamdulillah, seperti perkongsian2 sebelum ini ada saya perkatakan yang saya berjalan ke merata tempat disebabkan pelajaran atau sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Orang kata, banyak berjalan, luas pandangan, ilmu diperoleh, minda celik..insyaAllah

Sepanjang pengalaman tersebut, adalah beberapa kisah yang saya harap dapat dijadikan pengajaran dan sama-sama muhasabah untuk memperbaikinya kerana manusia biasa tiada sempurnanya. Sebagai remaja yang sangat muda :) kadang-kadang kami menghadapi masalah berdepan dengan teguran daripada mereka yang sudah berumur (tua). Lebih daripada satu masjid-masjid besar yang saya telah lawati sekitar Johor, Melaka, Terengganu, Sabah dan Kuala Lumpur. SubhanaAllah cantik-cantik masjid tersebut. 

Kebiasaannya akan ada mereka yang akan mengemas masjid itu jika ia adalah masjid yang sangat besar dan terkenal di kawasan tersebut. Mereka akan mengemas dan menyusun sejadah, telekung, Al-Quran, kitab-kitab dan sebagainya. Semoga Allah merahmati niat suci mereka memakmurkan rumah Allah ini, insyaAllah. Pernah saya dan kakak pergi ke satu masjid yang merupakan masjid besar di kawasan tersebut. Itu adalah kali pertama bagi saya. Semasa ingin mengambil telekung lantas mak cik yang bertugas disitu memberikan kepada saya, dia kata takut akan bersepah jika tidak dijaga. Saya agak termangu seketika namun terus sahaja menyarung telekung tersebut dan solat. Seusai solat, giliran kakak saya pula untuk bersolat kerana anaknya yang kecil akan mengganggu. Semasa kakak saya bersolat, kain telekungnya terselak sedikit dan mak cik yang menjaga masjid tersebut terlihat dan menggesa saya untuk menyuruh kakak berhenti solat. Pada masa itu saya masih jahil lagi akan hukum jika terselak kain ini lalu mahu atau tidak saya terpaksa menyuruh kakak memberhentikan solatnya tapi dalam hati sebenarnya tidak mahu. Jadi, kakak saya terpaksa memulakan solatnya semula dan dahinya kelihatan berlipat tiga, maaf akak. Selepas kejadian tersebut saya pernah mendengar ceramah yang mengatakan jika kain terselak lalu ditutup insyaAllah solat masih boleh diteruskan, tiada masalah. Islam is the way of life and we should be easy on it. Sila click untuk penerangan kereta Apabila setiap kali saya singgah di masjid tersebut saya akan pastikan segala-galanya berjalan lancar kerana mak cik tersebut memang gemar menegur jemaah yang hadir untuk bersolat, jika dengan cara yang berlemah lembut dan sopan saya rasa jemaah tersebut tidak akan membuat muka, namun sebaliknya sehingga mereka rasa agak sukar pula untuk bersolat. InsyaAllah semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut untuk menjalankan tugasnya yang tidak ramai dilakukan orang pada masa kini. Mungkin keletihan dalam memastikan ruang di rumah Allah itu kelihatan bersih, cara teguran tidak berapa indah. 

Selain masjid, banyak juga surau-surau kecil yang saya pernah kunjungi dan biasanya tidak ada yang menjaganya seperti masjid-masjid besar. Mungkin hanya dibersihkan pada hujung minggu, sebelum Ramadhan atau Hari Raya, waallahualam. Hari itu hari Jumaat, saya baru sampai di stesen bas tersebut dan membawa barang yang agak banyak dan berat. Cadangnya hendak berehat di dalam surau kecil disitu dan boleh juga beriktikaf sambil berzikir atau membaca tafsir, insyaAllah. Baru sahaja berada di muka pintu surau tersebut, saya lantas dimarahi oleh mak cik yang sedang mengemas surau tersebut. Katanya 'eh..! Keluar,keluar. Nak masuk nanti selepas solat Jumaat.' SubhanaAllah, hampir menitik air jernih di kelopak mata apabila disergah sebegitu sekali sambil diperhati orang ramai yang berada disitu. Saya tidak sempat untuk mengeluarkan sebarang kata-kata kerana terlalu penat dan memerlukan rehat. Mahu atau tidak saya terpaksa menyewa tempat untuk meletakkan barang-barang. Hanya zikir-zikir Allah yang mampu menyejukkan perasaan yang bahang sebahangnya tengahari itu, Alhamdulillah..
Sebenarnya saya tiada masalah jika mak cik itu berkata saya tidak dibenarkan masuk ke surau pada masa itu tetapi dengan cara sebegitu tidak manis bagi seorang Muslim. Bukankah sudah ditunjukkan sikap peramah Rasulullah dalam melayani si buta dengan penuh lembut semasa menyuapkan makanan kepadanya hari-hari walaupun si buta itu terus-terusan menghina dan mencaci dirinya sehingga wafatnya Rasulullah...Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut dalam tugasnya menjaga rumah Allah dan diberikan kelembutan dalam berbicara dengan jemaah yang hadir, insyaAllah.

Didalam turutan adik-beradik, saya adalah perempuan yang terakhir tapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan saya paling rapat dengan adik lelaki yang bernama Mohd Arif, 19 tahun. Dia agak tinggi sedikit dari saya dan rupa kami memang tidak nampak sama, dia agak Hindustan sedikit, huhu.. 
This is one of my lovely hero,
ada rupa retis bollywood tak? huhu.. 
So, for the 5 month at Kuala Lumpur he's the man that always with me for shopping, islamic activites or else (after my first brother). Alhamdulillah, baru-baru ini kami sempat pergi ke satu karnival islam di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur ini. Yang mana tahu akan karnival tersebut, tahulah but I don't want to tells more in it, maaf. Kami berada disitu jam 11 pagi sehingga masuk waktu Zohor dan terlajak ke Isyak kerana sangat menyokong niat murni ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan karnival ini walaupun tidak ramai yang hadir kerana pada hujung minggu tersebut terlalu banyak aktiviti yang sedang berlangsung di mana-mana. Selepas Zohor kami bercadang tidak mahu berjalan-jalan sekitar masjid untuk melihat gerai-gerai yang ada kerana terlalu panas cuacanya jadi kami pun duduk didalam masjid sambil membaca buku yang baru dibeli daripada gerai Ustaz Kazim Elias, Alhamdulillah Allah perkenankan juga pertemuan dengan ustaz retro ini :)
Dijadikan cerita dan pengajaran, buku yang adik saya beli ada diletakkan gambar kakak sulung kami didalamnya semasa ceramah ustaz ini di salah sebuah kampung kami. Saya memang agak terkezut dan menjerit kecil apabila melihat gambar tersebut. Sambil berkata kepada adik seakan tidak percaya dan tertawa panjang sehingga mak cik yang menjaga kawasan tersbut mendekati kami.
'Eh, awak tidak boleh ya berdua-aduaan disini, ini dah kira berdua-duaan nie, kalau nak duduk di luar.'(kurang lebih begitu ayatnya)
Adik saya ingin menjelaskan keadaan tersebut lalu berkata 'maaf cik, kami adik-beradik' namun kata-kata adik saya itu seakan angin lalu. Tidak diendah langsung. Kami terkesima. Tidak mahu mengeruhkan keadaan kami pun keluar dari masjid tersebut.

Emm..mungkinkah ini sebabnya remaja-remaji kini kurang mendekati masjid kerana teguran-teguran yang seakan melemahkan semangat untuk berada di situ??

Bagi saya, mungkin juga. Iyalah, kadang-kadang tegur tanpa mengikut perasaan semasa, agak terasa juga. Siapalah manusia yang rela sahaja ditegur dengan sebegitu melainkan anda bernama Asimo :)

Banyak lagi sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda-mudi jarang kelihatan di masjid. Pengalaman sendiri, mungkin mereka merasakan remaja terlalu muda untuk melakukan sesuatu seperti bagi remaja yang berkemampuan untuk menjadi imam, bilal atau memberi ceramah dan tazkirah, kurang dititikberatkan pengambilannya. Apalah kiranya diberikan mereka peluang jika mereka sekali-sekala pulang ke kampung untuk cuti sekolah/semester, pasti menjadi ikutan remaja yang lain, insyaAllah. Atau boleh juga mengadakan pertandingan 'imam muda kampung hotel' yang sememangnya ditunggu oleh sesetengah diantara mereka.

Seperti yang dikatakan ada beberapa masjid atau surau yang tidak mempunyai pembantu untuk menguruskannya. Sebaiknya ahli jawatankuasa masjid atau surau membuat pengumuman dengan mengadakan gotong-royong atau seikhlas hati kepada sesiapa yang sudi membantu mengemas dengan seliaan ahli jawatankuasa pada masa yang perlu ditetapkan, dengan itu terisi juga masa yang senggang. Tidaklah merayau ke mana-mana yang menyebabkan ibu bapa risau sentiasa.

As a conclusion, peoples which is a Muslim really2 needs to make Islam as the way of life, insyaAllah. In the way you talking, walking, anything is a mirror of you. 
Dari Surah Al-An'am 6:153
Maksudnya: "Dan inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan tersesat dari jalan Allah. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu takut kepadaNya".
Dari Surah Al-Maidah 5:3
Maksudnya: "Pada hari ini Aku(Allah) telah sempurnakan agama kamu dan Aku telah lengkapkan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha agama Islam itu menjadi agama kamu".
Seberat mana tugas yang diberi kepada kita, sepenat mana kita menghadapinya, ukirkan senyuman tanpa balasan :)

Till then, may Allah bless us in this world and Akhirat too, see you in Jannah my dear sister&brotherhood. Forgive for every single words of me, I'm seriously nothing. 
Assalamualaikum and tingg! 1 point have been rewarded by Allah after you answer the salaam...Legoland hotel

Thursday 11 April 2013

She's A Man

" Tulang besi, urat dawai... "

" aaa..? "


Assalamualaikum warahmatuallah and hye there :)

Alhamdulillah for today and I'm going to share a story of a friend. 
I do care of her and yah, I still love her as a sisterhood lillahitaalla, until now...and I hope she will read this, insyaAllah.

Ok, pertama kali dengar perkataan di atas tue masa Tingkatan 1. 
Setiap kali bersalam dengan dia memang tak sah kalau tak digenggam kuat-kuat. 
I have no idea why she likes to do like that. 
She will stop doing it till I said 
' Wee..sakitlah As! '

Yes, she did and she said dengan bangganyerr ' inilah tulang besi, urat dawai.'
Banyaklah besi dawai hang, tangan nie dah lembik jadinya. 

But, whatever it is I never get anger with her for a long time, I don't know.

Walau sekasar mana dia lakukan tapi masih lagi boleh menerima seadanya, sebab aku kan kakak, haha.. (ok,stop)

She's my first classmate on 1 EK 2 (known as CEMERLANG now,i guess >.<). She sit on my right, at the back, behind the windows. Wow..I'm still remembered dude ! 

Continues...

Dia adalah seorang pelajar perempuan yang biasa dan kadang-kadang berkelakuan luar biasa, bila kasar sikit orang kata 'macam lelaki' 'tak serupa perempuan' 'bla..bla...and so on'.

Banyak perkara yang unexpected sometime she do on the class, such as yelling to the boys and girls sometime (suruh senyaplah kononnya), tampar main-main, panggil cikgu dengan gelaran yang annoying (astaghfiruallah,jangan buat ya,cubit nanti) and makes me happy (haha...stop!)

Pernah sekali waktu beratur sebelum masuk kelas, dia tiba-tiba datang dan mendukung saya and I'm so scared, I don't know.. 
So I shout to her wisely... 'turunkan aku la As !!' 
Mungkin masa itu saya sudah mendengar cerita yang macam-macam mengenai dia, dan tiba-tiba saya rasa ingin jauh namun hati seakan mengeluh. 

Kenapa??

Sebelum itu, saya pernah membuat kerja kursus, saya pergi ke rumahnya dan pada masa itu ibu bapanya sedang bekerja. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa menjaga 3 orang adiknya, 1 perempuan dan 2 lelaki. Adik bongsunya pada masa itu masih kecil, seperti 1 tahun lebih. And I was touched when I  saw her feeds her sister very gently. I said in my heart 'SubhanaAllah As, kat sekolah bukan main ganas kau tapi kat rumah, aku pun kalah..'(huhu)
Saya juga pernah melihat dia memakai baju Bhai (emm..baju perempuan Singh) semasa program Maulidur Rasul rasanya, SubhanaAllah..beautiful.

Semenjak kami tidak sekelas lagi untuk Tingkatan 2 dan seterusnya, pelbagai cerita saya dengar mengenai dia dari jauh. Saya selalu mengandaikan kata-kata mereka hanya rekaan kerana saya pernah mengenalinya, namun Allah itu Maha Kuasa. 
Ditakdirkan Allah, saya melihat sedikit perubahannya, sedih.

Dia di luar memakai pakaian seakan menyerupai lelaki dan kadangkala jelas seperti lelaki, tapi bagi mereka yang mengenalinya pasti tidak merasa janggal namun bagi yang tidak mengenali akan mula membuat andaian.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Dimana salahnya? Diri sendiri? Ibu bapa? Keluarga? Masyarakat? Negara? Dunia?

SubhanaAllah...we're so close with Kiamat and what have we done?

''Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

Walaupun dia sudah berubah sebegitu drastik sekali, namun tidak pernah saya cuba untuk mengendahkan dirinya. Biasa juga menziarahinya jika ada waktu dan kadang kala terserempak di luar.

Bukan saya yang menegur tapi dia!

Rasanya 2 tahun lepas, rasa segan apabila orang sekeliling melihat situasi itu but who care? Alhamdulillah dia masih sama, tidak ada perubahan dan masih maintain slim seperti dulu (kalau nak tips kekal kurus bolehlah tanya dia, hihi...) Bila jumpa tu tanyalah buat apa, duduk mana and so on. Selepas dia pergi akan ada yang bertanya 'siapa itu,tak serupa perempuan..bla..bla...'

Ni yang malas bila kena jawab pertanyaan perempuan. (err...you're girls too right?) 
Yes! but please...kadang-kadang kita punya kain terseret tahi ayam tapi kain orang lain yang price tag lupa nak tanggal sibuk kita katakan.
Sorry, this is so emotional.  

Setiap kali berbual dan memandang tepat ke matanya, hati jadi sayu. 
Seolah-olah meminta agar dia mendengar isi hati yang merayu agar berubah, berubah kerana Allah. 
Rasa rindu yang amat syahdu bila teringat kisah lalu. 
Dia sangat istimewa Ya Allah. 
Tapi...fahamkah dia perasaan yang menyelimuti kalbu harapan itu?

Golongan LGBT, mak nyah dan sebagainya bukan lagi satu fenomena baru masa kini dan seakan mahu lebih dikenali. Awalnya bukanlah mereka ini terus menjadi seperti itu, disebabkan beberapa faktor yang mendorong menyebabkan mereka hilang di akhirnya.

(Click on here for more details) 

(Click on here for the story) pinjaman peribadi 

InsyaAllah, jika Allah berkehendakan sebelum tertutup mata ini, ingin rasanya melihat perubahan pada dirinya, membantunya, bukan sekadar di dunia, tetapi ke Syurga Yang Maha Esa. 

Dear friend, 
If you were here...
Let me know 
When we honestly ask ourselves
Which person in our lives mean the most to us
We often find that it is those who
Instead of giving advice, solutions or cures
Have chosen rather to share our pain
And touch our wounds
With a warm and tender hand
-Henri Nouwen-

I love you because of Allah, from the day till Jannah 


Tuesday 9 April 2013

Show Off... | TURN OFF!!!

Assalamualaikum, whazzup readers, bloggers..how is it going? :)

Alhamdulillah for today, so.. I'm gonna share some stories on me that happened couple days ago. Yah,it's quit funny and totally shame, Allah knows better ٩(͡๏̯͡๏)۶

"Hari Keusahawanan & Sukan Kolej Kediaman Politeknik Merlimau Melaka,Disember 2012 (5-7 April 2013)"

This is the day, so..on the last day I'm wearing my favourite purple jubah, maybe niat asal tidak elok, sebab itulah di dalam hadis yang pertama di katakan :



Semasa bersiap-siap untuk keluar menjadi kebiasaan untuk bertanya pada diri, talk to myself…berhias nie untuk siapa? Betul tak caranya? Tabarruj (berlebih-lebihan)?  sambil belek2 kat cermin

“ Semoga Allah melindungiku selalu dari segala fitnah dan maksiat yang berleluasa di dunia…”

Terlambat sedikit untuk majlis penutupan, apa-apa pun tahniah kepada semua jawatankuasa Politeknik Merlimau Melaka yang bekerjasama menjayakan program selama 3 hari. (JPKK : Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, JPP : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, SPI : Sekreteriat Pusat Islam, PRSP : Pembimbing Rakan Sebaya)

Selepas tamat program, me and dear usrahmate (Fatma) got a called from our sisters (Kak Shidah). She wanted Fatma to picked her at Pekan Merlimau so we have to find a motorcycle before 1 pm (it’s 12.50) cuak dah, motor siapa nak cekau. But, Alhamdulillah, after pushing all the numbers on my phones (more than 1 phone) so finally we found one. That time we have to take a key from 1 adik nie sebab nak ambil topi keledar dalam bilik jadi naiklah motor tersebut. And that time, my jubah is soooo long actually, bila berjalan pun macam orang sakit kaki sebab terpijak-pijak kain yang meleret tue..huh! >.<’ Fatma yang bawa dan mak cik yang duk belakang kononnya nak jaga jubah so duduklah bertimpuh (auuww…menyampah).

When it cames 6 second on the ride I said “Maa..stop, stop!” We got panicked, my jubah was roll on with the chain. MasyaAllah. I’m very sure we will collapsed macam nangka bushukk if the bike won’t stop. We keep try to take out the jubah and it was so disaster, too mess up. Dengan izin Allah, kebetulan ada adik tue (orang panggil Panjang sebab memang tinggi seyhh..) dia tolong keluarkan jubah yang terbelit tue, selepas beberapa kali pusing depan belakang Alhamdulillah, berjaya kami tubik jubah tersebut dari kekusutan, huhu..sedihnya sebab koyak sana-sini, Terima kasih Allah, Panjang dan sesiapa yang melihat kejadian tersebut. (alunyerr itew…>.<’’)




Another story when I was looking a phone at this shop (nama dirahsiakan) in Melaka Sentral. My other phone was crush again, my little Danny likes to flip it up and down (coz it’s slide phone), ok baby no more after this >.<’’ So, I just asked the sales assistant about the phone (walaupun tahu…terlebih peramah). Actually something happened before it but I don’t wanna shared it, Allah bless her always. So, before I left I said “ Ok kak, tanya je dulu. Terima kasih banyak, InsyaAllah kalau ok saya datang lagi. Dengan selamba cucur badak dia pun menjawab “Tanya je..? Hah! Ok” (sambil mulut mengunyah)

Bapak ah..sentap, huhu..so, I go to other shop which is so near with the first shop and this not Malay, I’m sure you know who. I called it ‘C Shop’. I asked the same phone just now and he explained to me, kindly and generously (wahh..promote). Then I left with a smile to find any others shop but my heart said ‘there’s no other shop, just go with the shop (NOT THE FIRST SHOP). So I came back to the ‘C Shop’ and he was surprised when suddenly he saw myself. (dak nie kejap ada,kejap blah..macam hantoo) I said I want that phone (macam beli goreng pisang je..). Before I left again I said “thank you very much, we’ll see soon” and he said “ok, welcome..papai”

See, truly a two different situation. There’s no use to get show off for what you have coz it’s not yours. Apa yang kita ada hanya milik Allah. Bila-bila masa je Allah cakap bak balik, hang tak boleh buat apa dah..

So peoples, sama-samalah kita merendahkan diri kepada Allah Azzawajalla (yg rendah ketinggian nie jangan terasa ya J ) What you give, insyaAllah you get back, nak dapat yang baik, kenalah jadi yang baik dahulu. Till then, we’ll see next time, insyaAllah.

Waahh..Ramadhan lagi 90 hari? Tu..check out my Ramadhan calendar on your left side. Dah menggantikan puasa2 yang tertinggal? Jom kita mula sekarang !


Tuesday 2 April 2013

Lalang ditiup angin | culture shock

Assalamualaikum...peace be upon you readers, insyaAllah :)

Today I would like to share a story of experiences...


.

.
.

(macam pelik je bahasa luar negara dia guna)


Biaq pi la hang nak kata apa, sekurang-kurangnya kita mencuba, daripada ternganga bila ditanya...


Ok then, be cool dude. (peace) 


Baiklah, cerita hari ini adalah mengenai 'kejutan budaya'. Budaya apa dan bagaimana boleh terkejut? 


Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun dan hampir nak ke 21 tahun ni sempat juga diberi kesempatan mengembara keluar daripada tempat asal. Biasalah, dengan alasan menyambung pelajaran, mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau mungkin suatu hari nanti, bekerja dan berumahtangga...


Dijadikan cerita, bila berada jauh daripada tempat asal, pelbagai benda barulah kita jumpa. Tak payah kata tentang makanan, pakaian, tempat tinggal, pinggan pun kadang-kadang ada yang nampak tak sama (iye ke..). Yang pastinya, rakan-rakan lama kita juga mungkin kita akan lupakan atau akan jumpa lagi (alamak, dak nie ada sini pulak...) 


Bila dah lama-lama, barulah boleh serasi dengan keadaan tempat baru walaupun mengambil masa. Tapi, kenapa agaknya senang sangat tempat yang baru sampai 2 minggu tu berjaya mengubah diri yang selama 2o tahun di tempat asal? Tempat yang mengubah diri atau diri sendiri yang mengubahnya? (zzzz...peningg)


-----------------------------------------------------------------------------------------


"Kelas lambat lagi, buka fb sat lah, mesti ramai kengkawan lama dah masuk U, poli, kolej...emm, macammana rupa mereka sekarang ae?"


click...click...click... (bunyi menaip)


"Waa...si F****** dapat belajar kat sini, dekat je dengan tempat aku rupanya. Tengok dp (default picture) dialah, mesti dah ronda-ronda sini."


"Astaghfiruallah, emm..kenapa kau tiba-tiba berubah pula nie? Dulu aku tengok ok je pemakaian kau, tapi sekarang...pakaian kau, sama macam kawan non-muslim aku. Ya Allah, kenapa ya?"


"Eh Zah, jom pergi kelas, sempat lagi kau layan fesbuk tu. Aku tinggal kau, padan muka."


"Jap, jap Rien. Aku log out dulu."


* Kelas tamat.


"Tengok apa kau tadi Zah? Khusyuk semacam, aku datang pun tak perasan."


"Aku saja tengok fb tadi, lama kot tak tengok, saja nak tengok kengkawan sekolah lama dulu, semua mesti dah sambung belajar macam aku, tapi kan..."


"Asal nie? Ex kau belajar sini gak ke? hehe..."


"Ishh kau nie... mana ada. Aku perasan sorang dak sekolah aku dulu, dia dapat belajar dekat-dekat sini, course dia boleh tahan gak dan dia pun boleh tahan gak sekarang..."


"Dah apa yang boleh tahannya? Kau nie cam mamai je...tak tidur ae?"


"Bukan, dak sekolah aku tue...dia dah lain, berubah sangat. SubhanaAllah, sampai aku rasa macam aku tak pernah kenal dia. Kenapa ya Rien, aku rasa macam ramai la bila dak macam kita nie sambung belajar tempat lain mesti berubah drastik habiss.. SubhanaAllah, aku takutlah kalau aku boleh terikut sekali fenomena 'kejutan budaya' nie."


"Sebenarnya Zah, aku rasa mereka berubah bukan sebab bila dapat belajar tempat lain, aku ada nampak juga orang yang dapat bekerja bukan di tempat asal, ada yang berubah. Tempat bukan masalah yang utama, tapi diri sendiri sebenarnya."


"Bila dah berjauhan dari ahli keluarga, kita punya siapa lagi kalau bukan kawan-kawan atau sesiapa sahaja di tempat baru. Perubahan kita kadangkalanya adalah daripada mereka tapi baik atau buruk itu tanggungjawab kita."


"You might be right Rien. AstaghfiruAllah, semoga kita dilindungi Allah ya. Aku perasan mereka ni, bila di tempat belajar lain tapi sat lagi bila balik kampung, pijak semut pun tak mati Rien, seolah-olah berdrama. Nauzubillah, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rumit dunia penuh tersirat."


"Pergantungan kita Zah, Allah Azzawajalla dan juga ikutan kita Rasulullah Sallahualaihiwasallam." 

Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu tentang perpecahan ummat, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda :
وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ فِي رِوَايَةٍ : مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي
“Sesunggunya agama (ummat) ini akan terpecah menjadi 73 (kelompok), 72 di (ancam masuk ke) dalam Neraka dan satu yang didalam Surga, dia adalah Al-Jama’ah”. (HR. Ahmad dan Abu Daud dan juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dan juga mirip dengannya dari hadits Auf bin Malik radhiallahu ‘anhu)
"Seorang Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah. So, where are we?"

"InsyaAllah, I choose to be strong and stay in the right path no matter how far we go, I choose to be the best Muslim ever. amin ya Rabb..."

"InsyaAllah dear, I choose that too. What should we do now is to stay on top of our iman everyday. Let's start with praying together, recite the Quran and tafsir, learn again our Sirah Nabawiyah, usrah, jaulah, rehlah, mukhayyam, etc...May Allah bless us to spread the beauty of Islam." 

" Awesome dude. insyaAllah. Jom pergi makan berjemaah, lepas tue solat berjemaah kan? :) "

n/a : perubahan jika dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah Azzawajalla,  insyaAllah akan mudah disenangi berbanding niat kerana manusia kerana redha yang sebenar adalah redha daripada Yang Maha Mengetahui.takaballahuminnawaminkum...