Dah jawab?
Ting..!! 1 point have been rewarded to you by Allah S.W.T, insyaAllah.
See...just said the salaam broe& sis, doesn't have to do something big on it. We start with the small one and continue (istiqamah) on it, insyaAllah.
Why is it so many words of 'insyaAllah' you used?
Oh really..? -.-''
Today I'm not going to get further on it but just for your information.
Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harith dan 'Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua orang ini adalah bagaimana kisah Ashabul Kahfi?, Bagaimana kisah Dzulqarnain?, Dan Apa yang dimaksudkan dengan Ruh?.
Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu, "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab." Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.
Sedangkan orang Quraisy setiap hari selalu menagih janji kepada Rasulullah saw dan berkata "Mana ceritanya? Besok .. besok .. besok .." Ketika itu Rasulullah saw sangat bersedih. Akhirnya Allah menurunkan wahyu surah Al-Kahfi yang mengandungi jawapan kedua-dua soalan pertama, soalan ketiga berada dalam surah Al-Israa ayat 85.Dubai airport hotels
Allah berfirman pada akhir surat Al-Kahfii:
"Janganlah kamu sekali-kali mengatakan, 'Sesungguhnya saya akan melakukan hal ini esok,' kecuali dengan mengatakan Insya Allah." (Surah al-Kahfi :23-24)
Alhamdulillah untuk tahun 2013 banyak memberi peluang-peluang baru kepada saya terutamanya dalam bidang yang diceburi kini.
InsyaAllah saya akan kongsikan bersama sedikit sebanyak perancangan ini agar sama-sama bermanfaat :)
ON MY LIST ---<@
#1 : Bagi mereka yang minat memakai jubah (bagi wanita sahaja), insyaAllah saya kini sedang menjual Jubah Viscose & Jubah Shiffon yang pada masa kini saya menetapkan harganya hanya RM60 dan tidak termasuk kos penghantaran. (Murahnya...) Ok..sila kecilkan semula mata anda. Jika terdapat sebarang perubahan harga akan saya 'update' lagi. Terdapat saiz 38 hingga 50. Gambar jubah tersebut akan saya 'upload' insyaAllah jika modelnya sudah bersedia :) Jika anda berminat sila komen dibawah atau tegur-tegurlah di fb/tweet untuk maklumat lanjut, insyaAllah saya akan memberi respon dengan kadar segera.
#2 : Adakah kita berkongsi minat yang sama dengan memakai tudung Rozello/Akel (bidang 50/60)?? Siapa kata pakai tudung bidang besar nie x boleh nak 'style'? Habaq chek dulu.. Ok, ada yang bertanya saya bagaimana untuk memakai tudung sebegini yang mudah & selesa. InsyaAllah, saya sebenarnya memang tidak reti memakai tudung yang agak licin sebab bukan senang lipat di tepi, bagi orang yang sudah biasa memang nampak mudah. Satu hari tue saya terfikir, tak perlu lipat boleh ke? (gerenti serabut..) Jadi saya pun cuba & Alhamdulillah it's work. Bagaimana? Nantikan video tutorial saya, insyaAllah.
#3 : Bila berjauhan dari tempat asal, macam-macam orang yang kita akan jumpa. InsyaAllah semoga menjadi pengalaman terindah. Semenjak berada di bumi Metropolitan seawal Disember 2012, ramai orang yang saya kenal dari latarbelakang yang berbeza dan pelbagai ilmu jugalah diperolehi dari mereka. Antaranya yang bakal dikongsikan disini ialah resepi masakan. Resepi apa, dari mana, bagaimana? Haa...itu semua akan saya 'post' kemudian, insyaAllah.
Ok readers, that's all for this post, insyaAllah...May Allah bless us always on the great job we do for Him.
Peace yo v(^.^)v Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment