Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Monday 11 March 2013

Ustazah...ke Aisyah?

Assalamualaikum...sawaddi kha, nie how ma?


Alhamdulillah, syukur kepada Maha Pencipta Allah Azzawajalla di atas kurniaan nikmat hidup sehingga ke saat ini & junjungan besar Rasulullah Sallahualaihiwasallam pada Islam yang diajarkan sehingga ke hari ini.

Testing bahasa Thailand sebab jiran sebelah dari Bangkok, MasyaAllah...seorang yang sangat peramah & seakan-akan sudah lama mengenali diri mereka, semoga ukhwah ini terjalin sehingga ke syurga Allah, amin...

Tajuk kali ini agak tipikal tapi jangan terlalu skeptikal, insyaAllah akan cuba dijelaskan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri dan perkongsian daripada Ustaz Pahrol Md Juoi (beliau sendiri enggan dikenali sebagai Ustaz,kenapa? baca seterusnya...)

Perubahan ke arah bertudung labuh daripada biasa adalah pilihan sendiri semenjak Tingkatan 5. Menyedari betapa bertudung labuh ini seakan-akan menjadi satu keistimewaan yang hanya dapat dirasai selepas anda memilikinya, pelindung terutamanya.

Tetapi......

Bukan bererti mereka-mereka yang bertudung labuh itu adalah seorang USTAZAH.

Tidaklah saya menafikan mereka yang bertudung labuh tidak boleh dipanggil ustazah (insyaAllah..moga menjadi doa) namun kadang-kala kita harus jelas siapa yang selayaknya dipanggil dengan gelaran tersebut.

Teringat semasa satu program diadakan di hadapan IPT tempat saya belajar, sedang asyik membelek-belek buku, terjumpa satu buku yang saya berkenan dan terus membuat pembayaran. Ditemani bersama rakan sekelas, penjual itu bertanya, " kenapa panggil dia ustazah (saya)? "
Agak sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh rakan, "sebab dia pakai tudung labuh.." (seingat hanya tudung biasa sahaja cuma saya leraikan ke bawah).

Melalui buku 'Beduk Diketuk' karya Pahrol Mohd Juoi ini ada terselit 1 tajuk 'Encik atau Ustaz' yang dimana  ada seseorang bertanya kepada dirinya samada ingin dipanggil Encik atau Ustaz.

Namun beliau hanya senang dipanggil apa-apa sahaja tetapi dilihat pelik kerana seseorang yang mempunyai pengalaman berbicara akan soal agama mestilah dipanggil ustaz dan mereka yang petah berbicara hal-hal selainnya, enciklah yang layak digelar.

Waahh...mestikah langit kelihatan cerah walaupun ada tanda-tanda hujan akan turun beberapa saat nanti?

Kembali kepada fikrah hidup diciptakan manusia itu di atas muka bumi ini.

Benar, KHALIFAH. Petrol price malaysia

Tugas menyampaikan ilmu itu tidak lagi tergantung pada bahu ustaz,ustazah. Seorang doktor,jurutera,pereka hiasan dalaman,tukang masak...juga tidak terkecuali.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
   
   

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Behold, thy Lord said to the angels: "I will create a vicegerent on earth." They said: "Wilt Thou place therein one who will make mischief therein and shed blood?- whilst we do celebrate Thy praises and glorify Thy holy (name)?" He said: "I know what ye know not."


InsyaAllah, sekadar perkongsian yang diharapkan tidak menjadi kontroversi seperti perebutan Lahad Datu kini (Al-Fatihah kepada perjuangan mereka).

Semoga hari demi hari diri kita akan menjadi lebih mantap imannya, kukuh agama Islamnya dan indah pada peribadinya, insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment