Today I would like to share a story of experiences...
.
.
.
(macam pelik je bahasa luar negara dia guna)
Biaq pi la hang nak kata apa, sekurang-kurangnya kita mencuba, daripada ternganga bila ditanya...
Ok then, be cool dude. (peace)
Baiklah, cerita hari ini adalah mengenai 'kejutan budaya'. Budaya apa dan bagaimana boleh terkejut?
Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun dan hampir nak ke 21 tahun ni sempat juga diberi kesempatan mengembara keluar daripada tempat asal. Biasalah, dengan alasan menyambung pelajaran, mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau mungkin suatu hari nanti, bekerja dan berumahtangga...
Dijadikan cerita, bila berada jauh daripada tempat asal, pelbagai benda barulah kita jumpa. Tak payah kata tentang makanan, pakaian, tempat tinggal, pinggan pun kadang-kadang ada yang nampak tak sama (iye ke..). Yang pastinya, rakan-rakan lama kita juga mungkin kita akan lupakan atau akan jumpa lagi (alamak, dak nie ada sini pulak...)
Bila dah lama-lama, barulah boleh serasi dengan keadaan tempat baru walaupun mengambil masa. Tapi, kenapa agaknya senang sangat tempat yang baru sampai 2 minggu tu berjaya mengubah diri yang selama 2o tahun di tempat asal? Tempat yang mengubah diri atau diri sendiri yang mengubahnya? (zzzz...peningg)
-----------------------------------------------------------------------------------------
"Kelas lambat lagi, buka fb sat lah, mesti ramai kengkawan lama dah masuk U, poli, kolej...emm, macammana rupa mereka sekarang ae?"
click...click...click... (bunyi menaip)
"Waa...si F****** dapat belajar kat sini, dekat je dengan tempat aku rupanya. Tengok dp (default picture) dialah, mesti dah ronda-ronda sini."
"Astaghfiruallah, emm..kenapa kau tiba-tiba berubah pula nie? Dulu aku tengok ok je pemakaian kau, tapi sekarang...pakaian kau, sama macam kawan non-muslim aku. Ya Allah, kenapa ya?"
"Eh Zah, jom pergi kelas, sempat lagi kau layan fesbuk tu. Aku tinggal kau, padan muka."
"Jap, jap Rien. Aku log out dulu."
* Kelas tamat.
"Tengok apa kau tadi Zah? Khusyuk semacam, aku datang pun tak perasan."
"Aku saja tengok fb tadi, lama kot tak tengok, saja nak tengok kengkawan sekolah lama dulu, semua mesti dah sambung belajar macam aku, tapi kan..."
"Asal nie? Ex kau belajar sini gak ke? hehe..."
"Ishh kau nie... mana ada. Aku perasan sorang dak sekolah aku dulu, dia dapat belajar dekat-dekat sini, course dia boleh tahan gak dan dia pun boleh tahan gak sekarang..."
"Dah apa yang boleh tahannya? Kau nie cam mamai je...tak tidur ae?"
"Bukan, dak sekolah aku tue...dia dah lain, berubah sangat. SubhanaAllah, sampai aku rasa macam aku tak pernah kenal dia. Kenapa ya Rien, aku rasa macam ramai la bila dak macam kita nie sambung belajar tempat lain mesti berubah drastik habiss.. SubhanaAllah, aku takutlah kalau aku boleh terikut sekali fenomena 'kejutan budaya' nie."
"Sebenarnya Zah, aku rasa mereka berubah bukan sebab bila dapat belajar tempat lain, aku ada nampak juga orang yang dapat bekerja bukan di tempat asal, ada yang berubah. Tempat bukan masalah yang utama, tapi diri sendiri sebenarnya."
"Bila dah berjauhan dari ahli keluarga, kita punya siapa lagi kalau bukan kawan-kawan atau sesiapa sahaja di tempat baru. Perubahan kita kadangkalanya adalah daripada mereka tapi baik atau buruk itu tanggungjawab kita."
"You might be right Rien. AstaghfiruAllah, semoga kita dilindungi Allah ya. Aku perasan mereka ni, bila di tempat belajar lain tapi sat lagi bila balik kampung, pijak semut pun tak mati Rien, seolah-olah berdrama. Nauzubillah, semakin hampir kita dengan kiamat, semakin rumit dunia penuh tersirat."
"Pergantungan kita Zah, Allah Azzawajalla dan juga ikutan kita Rasulullah Sallahualaihiwasallam."
Hadits Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu tentang perpecahan ummat, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda :
وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ فِي رِوَايَةٍ : مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي
"InsyaAllah, I choose to be strong and stay in the right path no matter how far we go, I choose to be the best Muslim ever. amin ya Rabb..."
"InsyaAllah dear, I choose that too. What should we do now is to stay on top of our iman everyday. Let's start with praying together, recite the Quran and tafsir, learn again our Sirah Nabawiyah, usrah, jaulah, rehlah, mukhayyam, etc...May Allah bless us to spread the beauty of Islam."
" Awesome dude. insyaAllah. Jom pergi makan berjemaah, lepas tue solat berjemaah kan? :) "
No comments:
Post a Comment