Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Friday 2 May 2014

Catatan Rindu ♥♥♥

Assalamualaikumwarahmatuallah ☺ Peace be upon you, especially senior & adik-adik JPK/JPKK, para felo, dan pihak pengurusan kamsis, Sesi Jun 2011-Sesi Disember 2013, Politeknik Merlimau, Melaka…

Ruangan ini mencatat segala kerinduan tatkala diri mula berjauhan dengan kalian. Bukan tidak pernah kita berpisah namun perpisahan kali ini bukan untuk sementara...

Kehidupan ini jelas berubah 360° apabila diri ini menerima mesej (sms) daripada wakil JPK pada jam 2 pagi yang menyatakan “ Tahniah, anda telah terpilih dalam Jawatankuasa Pelajar Kamsis bagi sesi Jun 2011, sila hadir pada satu perjumpaan di bilik gerakan pada hari ini jam 9 malam, terima kasih.”

Mesej ini diterima apabila pada malam tersebut selesai menjalani temuduga di peringkat pertama bersama ahli JPK dan peringkat kedua bersama ketua warden dan warden-warden asrama (serius cuak sebab tak kenal siapa pun mereka, sem 1 macam tue laa..)

Membaca mesej tersebut dalam kemamaian kerana sudah tertidur, tiada perasaan gembira atau sebaliknya.
Kosong…
Mungkin kerana ia bukan satu pilihan sewaktu menghadiri temuduga.
Ketua blok V3 pada masa itu yang telah mencalonkan nama kerana mewakili AJK blok tersebut.
Why me KB??? I wanna stay with AJK for the whole semester, huhuu...tapi disini segalanya bermula ♥



JPK (Jawatankuasa Pelajar Kamsis) yang pada awalnya sebelum bertukar ke JPKK adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab menjaga pengurusan pelajar asrama bersama para warden serta membantu pihak pengurusan pejabat asrama.

Bukan satu tugas yang mudah kerana jumlah yang kecil perlu memimpin hampir 1400 orang pelajar yang lain, ia satu cabaran yang memerlukan keberanian, ketegasan dan keramahan.

“ Jika hanya ingin sekadar memiliki nama dalam jawatan namun tugas diketepikan, maaf tapi anda bukan yang kami inginkan.”

Begitulah kata-kata senior dan warden yang seringkali terngiang-ngiang sepanjang menjadi ahli dalam JPK. Teruskan kerana anda telah memulakan.

Banyak pengalaman, pengajaran, pembelajaran diterima yang tidak mampu dibandingkan dengan pelajar yang hanya memegang status sebagai pelajar.

Di JPK, kami menjadi 2 personaliti : pelajar di waktu siang & ahli jawatankuasa di waktu malam.

Jelasnya, kami mempunyai 24 jam yang sama seperti orang lain tetapi jam kami tidak pernah terhenti seawal jam 9/10 malam, malahan lebih dari itu.
Apa yang kami lakukan???
                                 
Membincangkan agenda, merencana program dan menjalankannya dengan harapan ia dapat mengisi masa pelajar-pelajar asrama yang mempunyai kekangan untuk pulang ke kampung.

Walaupun program yang direncana tidak sesempurna mana, namun kami puas kerana 100 usaha telah terlaksana. Kami sedar, tidak semua yang dirancang mampu dilaksanakan tapi sekurang-kurangnya kami mencuba, walau ada yang rintangan dihadapan namun kami kuat dan positif secara berterusan. Ini baru diperingkat pengajian, belum di alam pekerjaan.

Seriously...i'm still keeping this pic? LOL (sem 2)


Sesi Jun 2011♥
Mula memegang jawatan sebagai Setiausaha 2. Bukan jawatan yang best,huhuu..
Dicalonkan mungkin kerana ahli baru dan diperlukan untuk semester hadapan jadi perlu belajar daripada sekarang (agaknya...)

With adik Nazri on
KHIDMAT KOMUNITI SUBEST
(SMK Subang Bistari)
Tapi sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa boleh mendapat jawatan tu sebab masa pencalonan dijalankan, pergi keluar sekejap dan bila masuk balik nama dah ‘naik’ kat papan putih, what the lovely senior on choosing me for the position but I’ll try my best and guess what?
I can typing more faster on computer now coz I need to do a meeting minutes for every meetings, yeayyy (LOL)
Dan jumlah kami pada masa itu adalah yang terbesar dalam sejarah JPK iaitu 42 orang ahli.

Woww!

Memang kalau bermesyuarat tu masing-masing tangan berkibar-kibar jela sebab bilik gerakan tu chumill je, heehe…
Terima kasih kepada kipas KDK yang masih berkhidmat walaupun aircond  dah ada selepas 2 tahun ☺


Aktiviti wajib kami... JOM MAIN TELUR :)
She's the lovely roomate, hope u're fine there Azie..miss u a lot! 


Sesi Disember 2011 ♥♥
Momen yang tidak mampu dilupa kerana insiden yang tidak diduga…
Hari yang sepatutnya pulang ke PMM untuk Minggu Suai Kenal (MSK) bagi kemasukan junior, bertukar destinasi.
Mengalami kemalangan sewaktu ingin membayar yuran pengajian dan disangka hanya luka ringan tapi Allah yang Maha Menentukan.
Dan tiada lain yang mampu diingat sewaktu terjatuh selain berfikir tidak dapat balik poli, tidak dapat join MSK, tidak dapat jumpa ahli JPK…walhal keselamatan diri yang sepatutnya difikir.
Mula menghubungi keluarga untuk menangguhkan perjalanan ke PMM dan seterusnya ketua blok, untuk memaklumkan kepadanya tidak dapat join sama MSK dan sedih mendengar kerana ahli di blok semakin berkurangan namun tiada daya yang mampu dilakukan.

Fracture on the both left bone and needed to extend for 1 semester immediately...what?
Hampir bertekak dengan penasihat akademik (P.A) semasa menelefonnya di atas katil hospital untuk membenarkan pengajian dapat diteruskan tapi terlalu banyak kekangan kerana faktor keselamatan dan kesihatan.
Diri mula akur…
Sepanjang berada di hospital, ada JPK yang menghubungi bertanya khabar. 
Berita kemalangan ini mengkagetkan semua ahli.
Doa yang selalu diharapkan agar dapat bertemu mereka dalam semester ini.
Dan Alhamdulillah...diberi kesempatan apabila JPK buat pertama kalinya membuat program keusahawanan yang memberi penglibatan para pelajar untuk berniaga.
Ramai yang memerhati apabila berjalan dengan bantuan tongkat.
Malu dan segan kerana tidak mampu lagi berjalan lincah seperti sebelumnya tapi mereka sangat mengalu-alukan kedatangan, syukur di atas sebuah pertemuan.


#throwback #ILY
Super Senior! Thanks for everthing... 


Sesi Jun 2012 ♥♥♥


Mendaftar semula untuk semester 3 dan menjawat jawatan yang sama, Setiausaha tapi tak ada pembantu.
Cabaran yang semakin menebalkan tipisnya kemampuan yang ada pada diri,fuhh....

Ahli semakin berkurangan menjadi 30 orang dan terciptanya tagline
“ 30 adik-beradik ” yang menjadikan uniknya lagi pada jawatakuasa ini.
Kami mula mencipta ‘keluarga kedua’ yang mengisi setiap ruang kenangan untuk hari kemudian.
Walaupun tidak selalu meluangkan masa bersama, tapi kami takkan pernah lupa masa yang pernah kita ada.
Hubungan yang tercipta ikhlas kerana Allah semata, jadi jernihkanlah keruhan yang menjadi penghalang kita. InsyaAllah…☺


Kem Inspiritual 2.0 (I became the mentor for Alpha's Group)


Sesi Disember 2012 ♥♥♥
Menjalani latihan industri namun masih sempat mencuri masa ke PMM untuk melihat adik-adik baru yang dididik semasa KEM INSPIRITUAL 2.0, kem yang perlu dijalani oleh setiap bakal JPKK yang baru.


Bayan's balloon on Karnival
Keusahawanan, weeee.....
Waktu nie dah rasmi guna JPKK (Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman)…wee
Banyak yang bertukar terutamanya pihak pengurusan, dah ada Pengurus Kolej, warden pun dah bertukar jadi felo. Rasa macam kat universiti.
Mula mengenali adik-adik kerana senior dah ramai yang grad. InsyaAllah akan bekerjasama dengan mereka pada semester hadapan.
Masih ada niat untuk teruskan lagi dalam JPKK?
Ya…selalu difikirkan sepanjang hari tapi bila direfleks semula kata-kata “Teruskan kerana anda telah memulakan”, okey ini satu cabaran dan pasti disahut tanpa alasan.





Sesi Jun 2013 ♥♥♥♥
Memegang jawatan di dalam biro pula. Alhamdulillah, biro yang memang diinginkan iaitu Biro Pembangunan Intelektual dan Kerohanian a.k.a Kerohanian.

Tidak mudah kerana terdapat pelajar muslim dan non-muslim jadi perlu seimbang keduanya.
InsyaAllah, adik-adik yang akan menggantikan jawatan ini di semester hadapan mampu bertindak lebih baik daripada apa yang akak lakukan.

Tinggal berempat sahaja senior...

Itu bukan kelemahan tapi kekuatan yang perlu dipertingkatkan.


Bersama JPKK dari PTSB, Kedah
(Lawatan Penandaarasan)

Yang pakai specs ala-ala Cyclops X-Men tu Arif, the best buddies ever :')

Ini A'ai & dia memang selalu nampak 'barai' tapi cute (wahahaaa..)
You make my days broe!


"We are most effective as a team when we compliment each other without embarrassment and disagree without fear."


Sesi Disember 2013 ♥♥♥♥♥
Mula meniti hari-hari terakhir sebagai ahli JPK/JPKK dan Alhamdulillah…
Allah telah mengurniakan dan meminjamkan sementara adik-adik yang super awesome.
Menjadi biro perhubungan atau dikenali sebagai Ketua Blok Asrama. Berada di blok kesayangan iaitu BLOK V3, insyaAllah pengurusan yang amat mudah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Nazila Adip merangkap Ketua Felo & Ketua Program Pemasaran serta pembantunya walaupun sementara, Cik Fifi, kedua-duanya amat disayangi penghuni.
Yang utamanya juga kepada AJK BLOK V3 kerana terlalu banyak jasanya membantu akak yang banyak komitmen pada semester akhir, anda semua terpaksa mengambil alih tugas akak sepanjang semester ini dan akak harap semester hadapan dapat bekerjasama bersama ketua blok yang baru, hehee :p

Adik-adik JPKK yang akak rindui… :’)
Setiap seorang dari kalian, mempunyai karakter tersendiri yang sering mencuit hati akak.
Hari-hari yang dilalui takkan pernah lali dari bertemu kalian.
Walau sesibuk mana waktu, sesukar mana assessment yang ada, akak akan cuba mencari waktu untuk menatap wajah kalian.
Sebenarnya bila akak membuat keputusan untuk mengurangkan penglibatan dalam program seterusnya, akak tidak lakukannya pun kalau ada yang perasan sebab akak selalu rindu nak masuk dalam bilik gerakan tue dan bergurau dengan semua :’))



Amni Kashfi, owned a beautiful name.
Thanks for being my last wonderful roommate, akak sayang Amni!


Ramai yang terkejut kan apabila mengenali siapa ‘Kak Eyca’ yang sebenarnya,hehee..
Ramai yang cakap ‘oo..rupanya akak nie banyak cakap, garang, perangai akak macam budak kecik, etc’..
Kalau ada yang tak ‘masuk’ dengan perangai akak minta maaflah ya, hehehe…awal-awal memanglah tak nampak dik, kena la kenal dulu baru tahu ☺



Mula memecah tradisi yang jarang dilakukan oleh senior-senior sebelum ini, dan dari situlah bermulanya akak melihat rahsia kelebihan yang ada pada diri kalian masing-masing.

InsyaAllah, semoga akan dipermudahkan semester hadapan akak harap agar apa yang dilakukan sepanjang semester ini dapat diteruskan.

Kena kuat!

(Angkat muka, senyum sikit)



"Teamwork divides the task and multiplies the success."



Rasanya kalau nak sebut sorang-sorang boleh ‘jammed’ tangan satgi, hehee..tapi apa pun akak sangat-sangat gembira and feels more alive than usual.
Akak sayang untuk melupakan semuanya, doakan agar kita dapat bertemu lagi dalam kerinduan ini.

Hari ini genap seminggu kita berjauhan...

‘Akak rindu kami ke’?





Ya, rindu... :'(


Bila ukhwah yang terjalin ikhlas kerana Allah dan memori tercipta atas kerelaan masing-masing, akak kalah dengan kerinduan ini...
Tapi akak mesti teruskan kehidupan, kalian pun harus mantapkan perjuangan. Walaupun bukan di medan perang sebenar tapi adik-adik sebenarnya sedang ‘berperang’ menjadi seorang pelajar yang berbeda dari semua kerana kalian mempunyai usaha yang berganda, perlu fokus dalam pelajaran dan tanggungjawab.



Akak akan jaga diri baik-baik sebab akak nak jumpa semua suatu hari nanti macam apa yang adik-adik lihat akak sekarang.

Susah untuk akak jadi montel macam sekarang kalau tak kerjasama adik-adik yang selalu masak sedap-sedap sampai akak nampak macam doraemon nie,hehee.. (orang tua yang perasan cute)


Save the best for the last and you’re a part of it.

For every second of your laughing, crying, walking…it was the best moment ever I had ever meet.

"The basic building block of good team building is for a leader to promote the feeling that every human being is unique and adds value."

"Never Forget"
We said that we were meant to be
That we were each other’s destiny
And now we faded away
Maybe it’s too late
Now it’s time for us to get it straight

I’ll never forget you but I’ll be gone
I’ll always respect you and life goes on
I’ll never forget you, I’ll never forget you

I’ll hold on to the memory
Now that you and I are history
And why we will never know
Sometimes you let go
What you used to keep within your soul

I’ll never forget you but I’ll be gone
I’ll always respect you and life goes on
I’ll never forget you, I’ll never forget you

Our moments together
I will keep them forever
Our hearts must surrender

I’ll never forget you but I’ll be gone
I’ll always respect you and life goes on
I’ll never forget you, I’ll never forget you

I’ll never forget you but I’ll be gone
I’ll always respect you and life goes on
I’ll never forget you, I’ll never forget you

-Lena Katina-


Let's meet together in Jannah! InsyaAllah...take care dearest :)


n/a : Kamsahamida for all those pictures provided :')

4 comments:

  1. Menyentuh perasan..huhuhu..terbaek..kitaowg akn terus perjuangan sebagai salah sorng ahli JPKK..dan pintu bilik gerakan selalu terbuka untk akak..kitaowg akn menunggu akak...walaupun kita berjauhan sekali pon, kami akan ingat tntg kenangan kita bersama-sama..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dear :) Semoga Allah permudahkan urusan kalian untuk selamanya JPKK berada di PMM :') Dan semoga masih juga ada peluang akak untuk menziarahi kalian bila2 masa..

      Delete
  2. I will remamner u forever. ?! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes i will too dear...till this love to Jannah :)

      Delete