Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Tuesday 30 April 2013

Remaja Anti Masjid?

Assalamualaikum and hye there bloggers and readers :)
Alhamdulillah for today and it seems to be a long time I didn't update this blog, uhukk..uhuk(batuk bersawang)

Tajuk di atas rasa-rasanya sudah ramai dikupas oleh ahli agamawan, penulis-penulis atau sesiapa sahaja yang sedar akan masalah ini. Namun disini hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman, dan memberikan sedikit pandangan atau pendapat agar maslahat ini bisa dikurangkan, insyaAllah...

Alhamdulillah, seperti perkongsian2 sebelum ini ada saya perkatakan yang saya berjalan ke merata tempat disebabkan pelajaran atau sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Orang kata, banyak berjalan, luas pandangan, ilmu diperoleh, minda celik..insyaAllah

Sepanjang pengalaman tersebut, adalah beberapa kisah yang saya harap dapat dijadikan pengajaran dan sama-sama muhasabah untuk memperbaikinya kerana manusia biasa tiada sempurnanya. Sebagai remaja yang sangat muda :) kadang-kadang kami menghadapi masalah berdepan dengan teguran daripada mereka yang sudah berumur (tua). Lebih daripada satu masjid-masjid besar yang saya telah lawati sekitar Johor, Melaka, Terengganu, Sabah dan Kuala Lumpur. SubhanaAllah cantik-cantik masjid tersebut. 

Kebiasaannya akan ada mereka yang akan mengemas masjid itu jika ia adalah masjid yang sangat besar dan terkenal di kawasan tersebut. Mereka akan mengemas dan menyusun sejadah, telekung, Al-Quran, kitab-kitab dan sebagainya. Semoga Allah merahmati niat suci mereka memakmurkan rumah Allah ini, insyaAllah. Pernah saya dan kakak pergi ke satu masjid yang merupakan masjid besar di kawasan tersebut. Itu adalah kali pertama bagi saya. Semasa ingin mengambil telekung lantas mak cik yang bertugas disitu memberikan kepada saya, dia kata takut akan bersepah jika tidak dijaga. Saya agak termangu seketika namun terus sahaja menyarung telekung tersebut dan solat. Seusai solat, giliran kakak saya pula untuk bersolat kerana anaknya yang kecil akan mengganggu. Semasa kakak saya bersolat, kain telekungnya terselak sedikit dan mak cik yang menjaga masjid tersebut terlihat dan menggesa saya untuk menyuruh kakak berhenti solat. Pada masa itu saya masih jahil lagi akan hukum jika terselak kain ini lalu mahu atau tidak saya terpaksa menyuruh kakak memberhentikan solatnya tapi dalam hati sebenarnya tidak mahu. Jadi, kakak saya terpaksa memulakan solatnya semula dan dahinya kelihatan berlipat tiga, maaf akak. Selepas kejadian tersebut saya pernah mendengar ceramah yang mengatakan jika kain terselak lalu ditutup insyaAllah solat masih boleh diteruskan, tiada masalah. Islam is the way of life and we should be easy on it. Sila click untuk penerangan kereta Apabila setiap kali saya singgah di masjid tersebut saya akan pastikan segala-galanya berjalan lancar kerana mak cik tersebut memang gemar menegur jemaah yang hadir untuk bersolat, jika dengan cara yang berlemah lembut dan sopan saya rasa jemaah tersebut tidak akan membuat muka, namun sebaliknya sehingga mereka rasa agak sukar pula untuk bersolat. InsyaAllah semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut untuk menjalankan tugasnya yang tidak ramai dilakukan orang pada masa kini. Mungkin keletihan dalam memastikan ruang di rumah Allah itu kelihatan bersih, cara teguran tidak berapa indah. 

Selain masjid, banyak juga surau-surau kecil yang saya pernah kunjungi dan biasanya tidak ada yang menjaganya seperti masjid-masjid besar. Mungkin hanya dibersihkan pada hujung minggu, sebelum Ramadhan atau Hari Raya, waallahualam. Hari itu hari Jumaat, saya baru sampai di stesen bas tersebut dan membawa barang yang agak banyak dan berat. Cadangnya hendak berehat di dalam surau kecil disitu dan boleh juga beriktikaf sambil berzikir atau membaca tafsir, insyaAllah. Baru sahaja berada di muka pintu surau tersebut, saya lantas dimarahi oleh mak cik yang sedang mengemas surau tersebut. Katanya 'eh..! Keluar,keluar. Nak masuk nanti selepas solat Jumaat.' SubhanaAllah, hampir menitik air jernih di kelopak mata apabila disergah sebegitu sekali sambil diperhati orang ramai yang berada disitu. Saya tidak sempat untuk mengeluarkan sebarang kata-kata kerana terlalu penat dan memerlukan rehat. Mahu atau tidak saya terpaksa menyewa tempat untuk meletakkan barang-barang. Hanya zikir-zikir Allah yang mampu menyejukkan perasaan yang bahang sebahangnya tengahari itu, Alhamdulillah..
Sebenarnya saya tiada masalah jika mak cik itu berkata saya tidak dibenarkan masuk ke surau pada masa itu tetapi dengan cara sebegitu tidak manis bagi seorang Muslim. Bukankah sudah ditunjukkan sikap peramah Rasulullah dalam melayani si buta dengan penuh lembut semasa menyuapkan makanan kepadanya hari-hari walaupun si buta itu terus-terusan menghina dan mencaci dirinya sehingga wafatnya Rasulullah...Semoga Allah memberikan kemudahan kepada mak cik tersebut dalam tugasnya menjaga rumah Allah dan diberikan kelembutan dalam berbicara dengan jemaah yang hadir, insyaAllah.

Didalam turutan adik-beradik, saya adalah perempuan yang terakhir tapi mempunyai 2 orang adik lelaki dan saya paling rapat dengan adik lelaki yang bernama Mohd Arif, 19 tahun. Dia agak tinggi sedikit dari saya dan rupa kami memang tidak nampak sama, dia agak Hindustan sedikit, huhu.. 
This is one of my lovely hero,
ada rupa retis bollywood tak? huhu.. 
So, for the 5 month at Kuala Lumpur he's the man that always with me for shopping, islamic activites or else (after my first brother). Alhamdulillah, baru-baru ini kami sempat pergi ke satu karnival islam di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur ini. Yang mana tahu akan karnival tersebut, tahulah but I don't want to tells more in it, maaf. Kami berada disitu jam 11 pagi sehingga masuk waktu Zohor dan terlajak ke Isyak kerana sangat menyokong niat murni ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan karnival ini walaupun tidak ramai yang hadir kerana pada hujung minggu tersebut terlalu banyak aktiviti yang sedang berlangsung di mana-mana. Selepas Zohor kami bercadang tidak mahu berjalan-jalan sekitar masjid untuk melihat gerai-gerai yang ada kerana terlalu panas cuacanya jadi kami pun duduk didalam masjid sambil membaca buku yang baru dibeli daripada gerai Ustaz Kazim Elias, Alhamdulillah Allah perkenankan juga pertemuan dengan ustaz retro ini :)
Dijadikan cerita dan pengajaran, buku yang adik saya beli ada diletakkan gambar kakak sulung kami didalamnya semasa ceramah ustaz ini di salah sebuah kampung kami. Saya memang agak terkezut dan menjerit kecil apabila melihat gambar tersebut. Sambil berkata kepada adik seakan tidak percaya dan tertawa panjang sehingga mak cik yang menjaga kawasan tersbut mendekati kami.
'Eh, awak tidak boleh ya berdua-aduaan disini, ini dah kira berdua-duaan nie, kalau nak duduk di luar.'(kurang lebih begitu ayatnya)
Adik saya ingin menjelaskan keadaan tersebut lalu berkata 'maaf cik, kami adik-beradik' namun kata-kata adik saya itu seakan angin lalu. Tidak diendah langsung. Kami terkesima. Tidak mahu mengeruhkan keadaan kami pun keluar dari masjid tersebut.

Emm..mungkinkah ini sebabnya remaja-remaji kini kurang mendekati masjid kerana teguran-teguran yang seakan melemahkan semangat untuk berada di situ??

Bagi saya, mungkin juga. Iyalah, kadang-kadang tegur tanpa mengikut perasaan semasa, agak terasa juga. Siapalah manusia yang rela sahaja ditegur dengan sebegitu melainkan anda bernama Asimo :)

Banyak lagi sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda-mudi jarang kelihatan di masjid. Pengalaman sendiri, mungkin mereka merasakan remaja terlalu muda untuk melakukan sesuatu seperti bagi remaja yang berkemampuan untuk menjadi imam, bilal atau memberi ceramah dan tazkirah, kurang dititikberatkan pengambilannya. Apalah kiranya diberikan mereka peluang jika mereka sekali-sekala pulang ke kampung untuk cuti sekolah/semester, pasti menjadi ikutan remaja yang lain, insyaAllah. Atau boleh juga mengadakan pertandingan 'imam muda kampung hotel' yang sememangnya ditunggu oleh sesetengah diantara mereka.

Seperti yang dikatakan ada beberapa masjid atau surau yang tidak mempunyai pembantu untuk menguruskannya. Sebaiknya ahli jawatankuasa masjid atau surau membuat pengumuman dengan mengadakan gotong-royong atau seikhlas hati kepada sesiapa yang sudi membantu mengemas dengan seliaan ahli jawatankuasa pada masa yang perlu ditetapkan, dengan itu terisi juga masa yang senggang. Tidaklah merayau ke mana-mana yang menyebabkan ibu bapa risau sentiasa.

As a conclusion, peoples which is a Muslim really2 needs to make Islam as the way of life, insyaAllah. In the way you talking, walking, anything is a mirror of you. 
Dari Surah Al-An'am 6:153
Maksudnya: "Dan inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan tersesat dari jalan Allah. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu takut kepadaNya".
Dari Surah Al-Maidah 5:3
Maksudnya: "Pada hari ini Aku(Allah) telah sempurnakan agama kamu dan Aku telah lengkapkan untuk kamu nikmatKu dan Aku redha agama Islam itu menjadi agama kamu".
Seberat mana tugas yang diberi kepada kita, sepenat mana kita menghadapinya, ukirkan senyuman tanpa balasan :)

Till then, may Allah bless us in this world and Akhirat too, see you in Jannah my dear sister&brotherhood. Forgive for every single words of me, I'm seriously nothing. 
Assalamualaikum and tingg! 1 point have been rewarded by Allah after you answer the salaam...Legoland hotel

No comments:

Post a Comment