Home

Narrated By Abu Musa : " Whose Islam is the best?" i.e (Who is a very good Muslim) He replied, " One who avoids harming the Muslims with his tongue and hands." │ Narrated By Ibn Mas'ud : The Prophet Sallahualaihiwassalam used to take care of us in preaching by selecting a suitable time, so that we might not get bored. (He abstained from pestering us with sermons and knowledge all the time) │ Narrated By 'Abdullah Bin Umar : Allah's Apostle said " Allah will not look at the person who drags his garment (behind him) out of conceit." │ Narrated By Abu Huraira : The Prophet said " A women is married for four things, i.e her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers. May Allah bless us always :)

Sunday 9 June 2013

Mehnah Ilahi Teruskan Diuji

Angin bertiup damai petang itu, terik panas matahari semakin berkurangan. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk turun ke tasik, mesti dia ada di sana juga.

Selepas bersiap, aku terus melangkah laju menuruni anak tangga asrama dan segera ke arah tasik yang terletak bersebelahan masjid institut pengajian disini. Tertanya pula, agak-agak ada ke dia petang ini?

Seperti yang dijangka, Alhamdulillah dia ada. Seperti kebiasaannya, dia akan duduk di kerusi kayu yang kelihatan usang di suatu sudut dan jika bukan Al-Quran atau hadis, pasti akan ada buku yang berada disampingnya. 
Niat di hati ingin menyergah dirinya seperti selalu tetapi hari ini niat itu seakan terhenti. 
Pisau kecil di tangan kirinya tidak berhenti menoreh kerusi usang itu. 
Matanya berkaca. 
Aku segera mendekatinya, perlahan.

'Tiya...assalamualaikum'.
Aku senyum kepadanya namun senyumanku tidak dibalas dan air mata kelihatan bergenang di matanya.

'Wa..alaikumussalam, eh Naa.' 
Dia sedikit terkejut. Suaranya seakan serak dan kurang jelas. 

'Duduklah.' 
Dia mempelawa namun matanya masih tidak lagi melihat diri ini.

'Tiya, kenapa ni? Ada masalah ke? Ceritalah, insyaAllah mana yang ana dapat bantu ana cuba.'

'Tak ada apa Naa..mata ana masuk habuk sikit. Enti dari mana?'

'Ana dari bilik, tiba-tiba rasa nak ke sini, dan ana pasti enti mesti ada di sini. Tiya, kenapa buat main pisau tu, kalau terkena luka tangan tu nanti. Bagi ana.'

Perlahan dia memberikan pisau itu kepada aku. Seribu persoalan masih berlegar di ruang minda yang kosong seperti kosongnya keadaan tasik pada waktu itu.

Lama kami mendiamkan diri...akhirnya dia bersuara.

'Naa...bagaimana agaknya jika kita sengaja memegang binatang yang haram seperti khinzir dan anjing?'

Angin mula menghembus sedikit kuat sehingga helaian buku Tiya terselak beberapa helai. Aku menutup buku tersebut dan menghela nafas sedikit. Aku pasti boleh menjawab soalan ini kerana ia sebahagian daripada hukum agama Islam dan jawapannya haram. 
Atau masih ada ungkapan disebaliknya?

'InsyaAllah, jika ana dengan sengaja memegang binatang tersebut, pasti ada sebabnya maka selepas itu wajiblah ana menyamak dengan 6 kali air bersih dan 1 kali beserta tanah, waallahualam.'

'Jazakallah khayr, ukhti. Tapi kalau....'

Dia terdiam dan tertunduk. Matanya mula berkaca, merah.

'Ba..bagaimana pula dengan seorang perempuan yang sengaja bersalaman dengan lelaki ajnabi? Bagaimana ingin 'membasuhnya'?

Esakan Tiya jelas kedengaran.

SubhanaAllah. 

My Lord, give us strength.

Pertama kali aku mendengar soalan seperti ini. 
Ya Allah, bagaimana harus ku menjawabnya? 
Ya Rasulullah, dengarlah rintihan umatmu di dunia akhir zaman ini. 
Aku mula mengumpulkan tenaga untuk cuba menjawabnya kerana air matanya kini semakin deras seakan tiada hentinya, aku turut lemah.

'Tiya...istighfar dengan banyak, perbanyakkan mengucap Astaghfirulallah al azim, La Hawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda : 'Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan' (Hadis Riwayat Tabrani)

'Tiya, kita hamba Allah yang tidak sempurna, pasti ada kelemahan dimana-mana. Siapa manusia yang hidupnya berpuluhan tahun malah ada yang beratus tidak pernah melakukan kesalahan, pasti ada. Jika bukan hari ini, esoknya mungkin. Story to me dear...'

Semakin kedengaran tangisannya yang sayu. Terhenjut-henjut badannya menahan nafas untuk memulakan bicara. Aku biarkan sahaja dia di pelukanku, aku tahu dia sangat 'sakit'. Sudah berapa lama?

'Naa...ana tak nak buat benda tu. Lillahitaala, ana tahu hukum agama. Ia haram. Tapi ana tak tahu kenapa ana boleh buat juga, ana tahu tapi...'

'Tapi enti tak sedar.' Lantas ku memotong kata-katanya.

Ya benar. Kadangkala kita tahu tapi adakah kita sedar? Kita tahu perkara itu haram tapi sedarkah kita bahawa yang haram itu pastinya haram sampai bila-bila? Astaghfiruallah..

'Betul Naa. Ana tak sedar, ana tak sedar yang haram bila keadaan seakan merenggut perbuatan ana untuk bertindak yang benar. Mereka semua tidak mahu menghalang.'

'Semasa itu ana sedang menjalani latihan industri. Di kota penuh cinta, cinta dunia semata. Semuanya seakan halal dimata. Menegakkan benang yang basah dianggap kalah. Namun di situ pelbagai perkara ana belajar, ana kenal, kita perlu bijak agar tidak dipijak.'

'Hari itu ana sudah diberitahu akan ada seseorang daripada wakil produk syarikat kami akan hadir. Jadi berkemaslah segala bagai didalam pejabat seperti ingin menyambut Perdana Menteri. Orangnya mungkin dari luar negara kerana produk tersebut daripada luar negara. Ana sudah mengingatkan diri ana untuk memakai 'glove' pada hari tersebut dan ana macam sudah pasti ia akan berlaku namun kuasa Allah itu Maha Hebat, tidak sehebat akal manusia yang mampu mencipta sebuah janakuasa. Ana terlupa membawa sekali 'glove' tersebut, ana hanya memakai sarung lengan.'

'Hari jumaat, tengahari itu mereka pun sampai. Seramai 3 orang dari syarikat kami dan seorang dari wakil produk tersebut, kesemuanya lelaki. Ana agak terkejut kerana terus diperkenalkan dengan 'Mr.' tersebut..'

'Meet Tiya, our business management trainee.'

'Ohh hai, good afternoon. How are you?' 

'Mr. itu berkata lantas dihulur tangannya.'

'Ana seakan terpana seketika. Harus bagaimanakah keadaan ini? Mereka semua sekadar melihat, tidak kurang juga yang tersenyum. I was confused and seems that I have no choices. SubhanaAllah. Tangan ini juga menghulur namun sekadar di hujung jari. Lalu Mr. itu seakan pelik melihat keadaan tersebut dan mula memandang bos.'

'Oh..I'm sorry, you can't..' dan ayatnya terhenti apabila melihat bos tidak menjawab soalan itu malahan bos terus tertawa dan berkata 'it's ok..bla..bla...'

Tiya menjerit kecil.

'No!! It's not ok Naa, it's NOT!'

Belum sempat kering air mata itu. Kali ini lebih hebat.

'Sabar Tiya. InsyaAllah, perbanyakkan memohon ampun daripada Allah. Allah Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang. Rasulullah kita pun hari-hari memohon ampun kepada Allah walaupun Baginda tahu Baginda seorang yang ma'sum, terpelihara daripada segala maksiat dan kejahatan tapi kenapa masih Baginda ingin berbuat sedemikian? 
Kerana Rasulullah tahu dan sedar yang Baginda tidak mengambil sikap sambil lewa walaupun Baginda seorang yang istimewa disisi Allah.' 

'Cuba lihat manusia hari ini, baru sahaja diberi jawatan tinggi, sudah rasa segan hendak menolong yang berpangkat rendah, nauzubillah. 
Janganlah sesekali kita mencontohi sifat-sifat mazmumah yang boleh meruntuhkan ummah.'

Angin kembali bertiup tenang dan burung-burung terbang berselerakan di balik awan, pulang ke kediaman. SubhanaAllah, kejadian Allah. Fitrah hidup berpaksikan ketetapan Ilahi, segalanya tersusun rapi.

Aku dan Tiya masih belum berganjak dari kerusi usang itu walaupun jam menunjukkan lagi 5 minit untuk ke surau bagi solat Maghrib berjemaah. Esakannya semakin berkurangan namun pelukannya masih erat.
Tiya...be strong dear.

Aku memecah kesunyian. Tiya seakan tersedar.

'Tiya...mehnah (ujian) daripada Allah ini datang untuk orang istimewa sahaja. Bila diberi ujian ini kita seakan menjadi lain daripada hari-hari yang dilalui. Sedih itu ujian, ketawa itu juga ujian. Allah sedang uji, DIA rindu Tiya. DIA rindu nak dengar Tiya berbicara denganNya. Allah sayang sebab itu Allah uji. Apa yang penting Tiya sedar dan berharap agar Tiya tidak mengulangi kesilapan yang sama, insyaAllah.'

'Betul Naa.. Ana akan jadikan ini suatu pengajaran yang amat bernilai kerana ana yang terpilih untuk diuji. Ana akan berusaha sedaya upaya unntuk memperbaiki kelemahan diri dan pastinya tidak gentar lagi menunjukkan diri ana adalah seorang muslimah bukan yang lemah. Doakan ana, insyaAllah.'

'InsyaAllah, jom bersiap. Sudah sampai masa bertemu Sang Pencinta.'

Tiya akhirnya menguntum senyuman yang manis. Semanis kurma? Mungkin juga namun senyuman selepas tangisan adalah suatu anugerah.
Anugerah Yang Maha Sempurna kepada hambaNya yang tiada apa.
Semoga Allah redha.

#nurulaishahs
#kuala lumpur br1m
#120413

No comments:

Post a Comment